Assalamualaikum,
Tengah buat apa tu?
Busy?
Busy buat apa?
Busy patah hati?
Yes. Patah hati.
I bet semua orang pernah alami benda ni. Tak sebab member mungkir janji nak hangout sama, mesti sebab putus cinta
Hari ni Elly nak cerita pasal patah hati putus cinta
Pernah putus cinta?
Pernah rasa frust menonggeng?
Pernah patah hati sebab someone from different gender?
Kalau tak pernah, then you can stop here
Kalau pernah, tapi malas baca you can stop here
Kalau pernah, dan kerajinan membaca engkau entah tetiba ada macam ada jin sampuk kau je en, then feel free to continue
Frust patah hati ni ada dua
Satu cinta bertepuk sebelah tangan
Satu lagi cinta tak menjadi
Dedua Elly pernah merasa
Sebab macam biasa, Elly loser
Loser tahap dewa bab cinta
Dilahirkan bukan untuk mencintai ajnabi mungkin
Alhamdulillah
For me, tak tahulah mana lagi teruk
Cinta bertepuk sebelah tangan,
Yang bilamana kau make effort for them,
Kau sentiasa ada dengan dia bila dia perlukan,
Susah senang kau bersama,
Kau try to show feeling kau dalam diam,
Berteka teki, bertarik tali
Tapi ternyata,
Dia tu buta, rabun, tuli dan bukanlah nujum pak belalang yang mampu nak answer all the riddles,
Mungkin bagi dia,
Kau ni tak wujud pun,
Presence kau tak beri kesan pun,
Maka,
Majulah kau ke dalam gaung bernama Friendzone,
Kau hanya kawan setia buat dia,
Bukan kekasih hati,
Bukan penyeri hidup,
Maka,
Mereputlah engkau kesunyian,
Membasahi pipi hari hari,
Bila dia dah jumpa pengganti,
Yang bergelar kekasih hati,
Bukan hanya teman sejati,
Lebih hebat daripada diri kau yang serba serbi,
Langsung sudah tidak diambil peduli,
Kehadiran kau ibarat debu yang tiada henti
(Fuhh macam puisi lah pulak en)
Atau,
Cinta tidak menjadi,
Saat manis kau dan dia,
Perkenalan antara kau dan dia,
Yang indah lagikan berbunga,
Seolah dunia ini kita yang punya,
Sanggup berkorban masa dan harta tak seberapa,
Sanggup bersusah payah buat hadiah kenangan buat si dia,
Yang malangnya,
Hadirnya dia hanyalah sementara,
Bila manis menjadi tawar akhirnya,
Yang berindah kian pudar warnanya,
Lalu kau anggap dunia ini tiada maknanya,
Tanpa kau hidupnya lebih bahagia,
Hanya kau sahaja yang menderita,
Bodohnya kau getus hati kecil buat seketika,
Merendahkan tembok pada dia yang tak guna,
Datang dan pergi ikut hati dia,
Bermaharajalela pada hati yang dulu kecewa,
Namun kini luka makin parah jadinya
(Okey macam makin melalut je Elly ni. Feeling betoi ni)
Lol. Anyway, my point is kita punya patah hati tu memang rasa macam dunia dah gelap. Macam lagu Sheila On 7 - Berhenti Berharap
Dengar tajuk je kau dah boleh meleleh air mata en. Fuh fav lagu ni dulu
Menangis.
Menyendiri.
Mengalah.
Semua tu kita buat bila kita patah hati.
Tahu sebab apa kita patah hati?
Sebab kita letak pengharapan pada mereka yang tak sempurna,
Sayang yang terlampau sampai kau lupa,
Mereka juga manusia macam kau
Hati ini sifatnyakan berbolak-balik,
Lepastu kita marah marah diorang takde perasaan kat kita,
Marah diorang mula luoa kewujudan kita,
Marah perasaan tu mula tak ada,
Kita mula in denial,
Mula put all the blame kat mereka,
Padahal kita yang lupa,
Mereka juga manusia,
Yang sama sifatnya seperti kita
"Aku manusia tapi aku still boleh setia. Still boleh sayang dia macam aku memula kenal"
"Walaupun aku kena friendzone, macam tak wujud bertahun pun aku still boleh je sayang kat dia"
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Kita compare hati kita dengan dia,
Kita kongsi satu hati ke dengan dia?
Kita kongsi satu badan ke dengan dia?
Dahtu, kenapa kita marah kenapa hati dia berubah tak setia macam kita?
Percayalah. Aturan Allah SWT itu tiada cacat celanya.
Berhentilah marah.
Berhentilah menangis.
Berhentilah berharap pada dia.
Ada sebab Allah temukan kita dengan dia.
Ada sebab kenapa Allah tarik dia daripada hidup kita.
Ada sebab Allah jodohkan dengan orang lain bukan kita.
Ada sebab Allah wujudkan perasaan kita pada si dia.
Terpulang kepada kita untuk buka mata hati kita,
Lihat dan ambil hikmah daripada perkara yang terjadi
Atau,
Terus buta dan kaburkan pandangan mata hati
Hidup dalam kegelapan, putus harapan dan kesedihan
Times heal.
Kembalilah pada Allah
Penatkan cintakan manusia yang tak pernah hargai cinta kita?
Then,
Cintailah si Dia yang tak pernah putus untuk mencintai kita,
Yang sentiasa hargai usaha dan setiap perkara kita lakukan demi Dia
Memang sekali-sekala rasa rindu itu akan terbit,
Itu normal.
Yang tak normal bila kita layankan perasaan rindu,
End up lukakan hati sendiri.
Stop.
Stop tangisi benda yang dah lepas.
Stop fikirkan kenangan kau dengan dia.
Kalau betul kau sayang dia,
Doakan kebahagian dia.
Kalau dulu hari-hari nama di menghiasi doa kau moga dijodohkan bersama,
Kali ini kau doakan pula moga diberikan jodoh yang terbaik buat kau dan juga dia.
Mungkin kau bukan terbaik buat dia,
Mungkin dia bukan terbaik buat kau
Allah tahu apa yang kita tidak tahu.
Tulang rusuk takkan pernah tersalah pasangannya.
Move on. Lupakan dia.
Bangkit semula.
Buktikan pada dia,
Kau boleh hidup bahagia tanpa dia,
Bagaimana dia bahagia tanpa kau
La tahzan innallahma'ana, wahai hati yang terluka. Moga dipermudahkan segala urusan untuk kembali mengejra redha-Nya 😊💞