Wednesday, August 19, 2015

Peneman baharu, Ayah

Dear Ayah,

13 Ogos arituh, itu tarikh Elly balik sepatutnya balik Kedah yah. Sehari sebelum tu, rumah kita dilanda banjir yah. Tinggi jugaklah yah air masuk sampai ke paras betis Elly. Cerita tu, nanti Elly cerita ye yah

Pagi esoknya, Elly sebok kemas barang untuk pergi Unisza and balik Kedah. Punyalah excited nak balik jumpa mak, bangun-bangun je teroih wasep mak, bincang pasei tiket pesemua. Siap beli tiket online lagi tau yah.(Seat 19-Rm53-11mlm) 

Malam tu, Elly dah siap semua barang tetibe dapat wasep kata Wan Chik tak berapa sihat. Elly doa bebanyak yah. Wan Chik, mak sedara kesayangan sakit yah. Elly mampu berdoa ja. Sampai kat Terminal Bersepadu Selatan, Elly teroih cari makanan pa semua takut lapaq sebab last makan pon pukoi 3. Time tunggu, mak kol kata Wan Chik dah kritikal yah. 

"Elly dah naik bas ke? Kalau tak balik Kedah tak boleh? Mak ingat nak gerak pi Kuale kangsar teroih malam ni"
"Oh kalau tak naik caner?"
"Nanti mak kol kakchik ke Angah suruh amekaw kat TBS eh"
"Mak, bas dah sampai mak, Baru sampai"
"Hm takpelah. Mak tunggu kau dulu lah baru balik kuale"

So, i went to the bus. Snap and settle off everything with worries running through my mind. I cant sleep, my head feels dizzy and i cant stop thinking bout Wan Chik, yah. Then, my biggest worry ever suddenly hits me. Mums called. While sobbing and with heavy breath, she said......"Elly, elly dah sampai mana...elly turun lepas ni boleh elly".."kenapa mak? Elly dah kat Hentian Duta ni".."Elly tau tak.. Wan Chik dah takde.. Mak.. Kena gerak pergi Kuale malam ni jugak. Elly turun ye kat Hentian Duta.... Nanti mak mintak Angah amekkan..".."Ok mak...."

As soon as the call ended, i grab my belongings and quickly off the bus...with pearl of waters rolling down off my cheek. I grab my luggage and find a seat to calm myself down. Couldnt hold my tears anymore. I cry,cry and cry.

Angah pick me up and went straight to home to pick up the rest of us. We were heading to Kuale with Abang Jad's family. Me, sitting on the passenger seat....still...couldnt believe the news ive received...

I couldnt continue the story because all the things happened too fast. I cant help myself from preventing my mind to wander into space most of time. I still remember the thing she said during our visit on eid raya.

"Elly , ko budak pandai. Belajar rerajin. Tolong mak kau tu. Sian kat dia. Banyak benda nak pikio nya"

Yes, Wanchik. Yes. In Shaa Allah ill do my best for my mum and of coz for you and ayah too. You guys mean the whole world for me. One thing tho that i wanna share during the funeral..

Mum, she looks so weak,fragile and helpless. Opah and Atok have left her. Her beloved husband, already left us since 15 years ago. And now, her one and only sister has gone.... forever.. i couldnt imagine myself on her shoes that day. Shes one strong lady to face all of this, yah. Youre marrying the right woman. Shes so strong and beautiful in many ways. Im praying that Allah will replace something beautiful for her. Reward her with happiness in this world and here after. You should watch how broken she is that day, yah. All i can do is to be her pillar of support and ... idk.. remembering that day already kills me a little.....well, at least Wan Chik is in better place now. Shes with you....

Ayah, death awaits no one...probably, the next one to go is me.idk what future awaits for me.i cant promise you tomorrow,yah. but.. i can promise you one thing. I, myself will be accompany you maybe sooner or later. Ill be busy preparing myself till then... Wait for me, yah and Wanchik. Wait for me.. so that we can go to heaven together..

Al-Fatihah Allayarhamah Khamizah Binti Salim
May Allah grant the highest rank of jannah and bless you always. Amin

Sunday, August 16, 2015

F.U.N - Seronok yang bagaimana tu?

Dear Ayah,
Maafkan Elly yah sebab jarang post. Baru je install apps Blog ni. And arini Elly nak post hal serius. Hal agama, yah. Ye, anak ayah ni dalam proses nak berubah. Akhirnyakan? Mungkin berkat doa mak dan ayah mungkin. Jadi, elly mulakan post elly ye?

Ehem.. Bismillah......
Emm.. Sebelum aku masuk topik kita nilah en. Aku nak tanya sikitlah..
Pernah tak, kau ... cuba nak berubah. Cuba nak hijrah cuba nak kembali ke pangkal jalan yang lurus lagi benarlah dan apa apa kata bunga pujangga yang membawa makna yang sama tapi......

Tapi, kau banyak menerima komen negatif.
"Kau dah berubah ni bosanlah"
"Alaaa.. chill lah. Takyah nak serious sangatlah. Sejak bila kau serious ni"
"Alaa poyolah kau ni"
"Takyah bajetlah. Hijrah ko ni takat hangat tahi ayam je"
"I miss the old you. Kau yang fun"

Pernah? Aku jujur aku pernah. Ya, aku jujur jugak aku dah tak se-"fun" yang dulu. Semua benda nak ambil serius semua benda nak dihujahkan, dipertikaikan. Semua benda pun salah. Sampai isu aku tak berapa gemar orang sekarang dok bicara kahwin dan kecantikan instead of bincang perkara faedah, tak faedah pun bicang perkara lainlah cam bola ke pelajaran ke fakta ke en pun boleh timbulkan salah faham. Aku menyuarakan pendapat umum sebab bukan satu je group wassap yang bincang topik tu, hampir semua yang group yang ramai perempuan. Naik jemu dah aku. Dok dengar orang ni kawen, dia ni nak kawen, dia ni kurus, dia promote kosmetik. Haih, poning aku. Tapi poning poning aku takdelah sampai nak mute, nak left ke benci ke nak kondem orang ke apa. Tak. Cuma malas nak join je. Dah memang hak mereka untuk berbual di situ tak kisah topik apa. Aku ni siapa nak menghalang? Nak menegur pun sis masih jahil. Takde ilmu nak tegur. Takut ibarat tin kosong berbunyi lak nanti. Ecehh~

Oklah. Balik cerita asal. Hm. Aku dah tak fun, sebab aku tahu "fun" aku yang dulu jahil. Penuh kejahilan. Sekarang pun still jahil tapi dulu zaman Jahiliyyah memang Astaghfirullah kalau korang jumpa aku yang dulu rasa nak terajang, tumbok, rejam je sebab masyaAllah gedik aku, fesyen aku memang teruk.

"Fun" apa yang kita cari sebenarnya? Fun dekat dunia yang sementara ni? Itu Fun? Lepak gaul laki pompuan bebas, balik lambat, baju keketat, tudung lilit leher konon fesyen? Itu ko kata Fun? Eh kamonlah brader, sistorrr. Aku pernah berada di tempat itu.

Kau memang rasa benda tu seronok. Benda maksiat, dosa memang seronok. Tapi keseronokan tu jugak akan buat kau rasa kosong. Rasa tak lengkap hidup. Rasa cam somthing missing. Apa missing tu?

Cahaya keimanan. Situ hilangnya rasa manis "fun" kau. Seronok tu sekejap je. Pastuh hilang... kau rasa sunyi, kosong, burung pun kau rasa lebih bahagia dari kau

Lepas tu, kau nampak hamba Allah ni. Berpakaian sunnah, rajin turun ke majlis ilmu, muka manis tidak lekang dengan senyuman. Kau nampak muka dia tenang tanpa masalah.

Kau tak pernah ke terdetik nak tegur dia? Nak bergaul dia? Mesti pernahkan? Aku tahu sebab dulu aku pun camtu. Rasa cantik sangat kaum hawa bertudung labuh sampai rasa cam "eh aku ni straight ke tak ni dok usha awek tudung labuh lelama" tapi ofkosh iolls straight. Minat aku pada diorang kerana keindahan pakaian Islam yang dibawa. Nampak ayu dan sejuk je pandang kan.

Muka diorang pun tenang je. Redup redup gitu. Tapi....... kita akan rasa segan nak gaul dengan orang lebih berilmu dan lebih menjaga

Yelah, kita ni dok clubbing, dok pakai ketat, dok hipster sana sini, isapkok, vapersszz lagi en mana layak gaul orang gitu. Dosa pun banyak. Allah nak ampunkan ke en? Maka, kita pun lepastu buatpe? Menjarakkan diri dari yang berilmu dan terus jahil. Itulah silap kita

Yang berpakaian sunnah itu tidak semestinya berilmu, dia juga sedang mengejar jannah yang sama dengan kita

Yang jahil itu kita, tak penat ke terus hidup dalam kejahilan yang menyesatkan?

Yang hiburan itu sementara. Sampai bila nak berhibur dok buai diri dengan kisah cinta angan fantasi tak kemana itu?

Yang terdetik untuk berubah di hati kita itu ialah cahaya hidayah sedang mengetuk pintu hati kita, menunggu pintunya dibuka dan dijemput masuk untuk tinggal selamanya

Yang tahu diri kita, yang mengenali sejarah kita, yang ikhtiar, yang terdetik dan yang permata itu ialah diri kita. Sudah 2016 ini, mohle kita bersama berubah kiblat ke arah Pencipta, yang Maha Esa

Pintu taubat masih terbuka. Setinggi langit dosa kita sekalipun, kasih dan cinta Ilahi itu lebih berkuasa :)

Assalamualaikum. Moga Allah permudahkan segalanya

TO UNISZA WE GO !


Dear Ayah,


puteri bongsu ayah ni Alhamdulillah dapat sambung belajar kat IPTA. Walaupun sedikit kechiwaaaa tak dapat sambung belajar dekat Universiti Putra Malaysia (UPM) tempat ayah dulu, Elly terima ketentuan Ilahi dengan hati terbuka, Elly dapat Unisza, Terengganu yah. Lagi sekalilah memendam rindu kat ayah. Ingatkan dapatlah area KL, boleh melawat ayah selalu sebab Elly pun mintak semua area KL. Yang mintak jauh cuma hat Unisza ja tapi tak sangka pulak yang hat jauh tu pulak dapat. Aduh, dah rezeki Elly belajar kat Patta Timo gamaknya. Dulu dok Kelantan ingat dah perabeh jauh dah tu hahaha

"Elly ni matriks kat Kelantan. Degree kat Terengganu. Pesnih, jodoh dengan orang Pahang pulak lah. barulah lengkap Patta Timonya" - Mak, Ogos 2015
(Elly nak orang Selatan, tapi mak tak kasi yah. Sedih hati ELly ni hm)

Ayah, Elly mintak maaf awei-awei lah ye sebab kemungkinan Elly untuk jarang ziarah itu tinggi. Maklumlah, sekarang ni musim GST. Semua pon dok pakat naik rege sana rege sini. Mampoih anak ayah ni nak memikio bajet ni haa. Dahlah rabun makin tinggi (bahana dok main fon la ni). Abes lari bajet dok beli kaca mata baru. Oh lupa yah. Elly tak dapat kos veterinar tapi Elly dapat kos Animal Science. Bila orang dok tanya, "Aliah, ko dapat kos apa?" , Elly mampu jawab "Aku dapat kos Animal Science. Bau-bau bacang sikit dengan vet" sebab nama kos Elly panjang bebenor ye haah. Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan Kepujian. Panjang tak ayah? Haa, ni kalau buat akad ni mau pengantin laki tercekik ayaq lior ye dak. Ni belum lagi explain pejadah natang produksi bagai tu. Mau bertong-tong ayaq lior tersemboq sana sini nak hujahnya. Lelagi sekarang musim hujan (pe kena mengena pon Elly tak tau eh)

Elly dah dok buat research dah pasei kurusus ni. Memang minat Elly yah. Dapat main dengan binatang, bercucuk tanam. Haaa tak sabar nak sambung belajar. Nak buat ayah bangga dapat puteri bongsu yang comel, cantik, bijak, solehah, cukup package lah bak kata orang kannnn~ Amin hahaha

Jangan risau yah. Elly study jauh berjuta batu pon laki dekat hati Elly cuma satu ja. Encik Mohd Nordin Salleh ja yang bertakhta ni haaa~ Tapi kalau dah habeh 4 tahun tu, cinta ini mungkin dibahagikan lah ye yah. Al maklumlah, nak cari bakal menantu thorbaekkkk untuk ayah hehe nanti Elly bawak jumpa ayah ye yah. Harap-harap dapatlah kacak and pandai macam ayah.

Psst , Elly ada jumpa sorang. Dok dekat ja dengan kampung ayah tapi angah lak dok bising jangan bercinta lagi. Maka, Elly pon kawan tapi tak rapat mana  jelah dengan dia. Angah kan wali Elly selepas ayah. Kena dengaq cakap dia. Dia banyak dah jaga Elly. Ini ja lah cara untuk balas budi angah. Lagipon, Tarbiah Sentap aghi-aghi dok pesan. JAGA IKHTILAT! JAGA IKHTILAT! Sampai pening lalat dah dok memikio guano nok jago ikhtilat ni boh. Apa aku sembang bahasa apa aku pon tak tau dah. Eh, terguna aku lak. Ni cakap sorang-sorang tau, yah. Bukan dengan ayah huhu

Itu jelah kot Elly dok merapu. Sembang lagi. Assalamualaikum Ayah :)