Dear Ayah,
Maafkan Elly yah sebab jarang post. Baru je install apps Blog ni. And arini Elly nak post hal serius. Hal agama, yah. Ye, anak ayah ni dalam proses nak berubah. Akhirnyakan? Mungkin berkat doa mak dan ayah mungkin. Jadi, elly mulakan post elly ye?
Ehem.. Bismillah......
Emm.. Sebelum aku masuk topik kita nilah en. Aku nak tanya sikitlah..
Pernah tak, kau ... cuba nak berubah. Cuba nak hijrah cuba nak kembali ke pangkal jalan yang lurus lagi benarlah dan apa apa kata bunga pujangga yang membawa makna yang sama tapi......
Tapi, kau banyak menerima komen negatif.
"Kau dah berubah ni bosanlah"
"Alaaa.. chill lah. Takyah nak serious sangatlah. Sejak bila kau serious ni"
"Alaa poyolah kau ni"
"Takyah bajetlah. Hijrah ko ni takat hangat tahi ayam je"
"I miss the old you. Kau yang fun"
Pernah? Aku jujur aku pernah. Ya, aku jujur jugak aku dah tak se-"fun" yang dulu. Semua benda nak ambil serius semua benda nak dihujahkan, dipertikaikan. Semua benda pun salah. Sampai isu aku tak berapa gemar orang sekarang dok bicara kahwin dan kecantikan instead of bincang perkara faedah, tak faedah pun bicang perkara lainlah cam bola ke pelajaran ke fakta ke en pun boleh timbulkan salah faham. Aku menyuarakan pendapat umum sebab bukan satu je group wassap yang bincang topik tu, hampir semua yang group yang ramai perempuan. Naik jemu dah aku. Dok dengar orang ni kawen, dia ni nak kawen, dia ni kurus, dia promote kosmetik. Haih, poning aku. Tapi poning poning aku takdelah sampai nak mute, nak left ke benci ke nak kondem orang ke apa. Tak. Cuma malas nak join je. Dah memang hak mereka untuk berbual di situ tak kisah topik apa. Aku ni siapa nak menghalang? Nak menegur pun sis masih jahil. Takde ilmu nak tegur. Takut ibarat tin kosong berbunyi lak nanti. Ecehh~
Oklah. Balik cerita asal. Hm. Aku dah tak fun, sebab aku tahu "fun" aku yang dulu jahil. Penuh kejahilan. Sekarang pun still jahil tapi dulu zaman Jahiliyyah memang Astaghfirullah kalau korang jumpa aku yang dulu rasa nak terajang, tumbok, rejam je sebab masyaAllah gedik aku, fesyen aku memang teruk.
"Fun" apa yang kita cari sebenarnya? Fun dekat dunia yang sementara ni? Itu Fun? Lepak gaul laki pompuan bebas, balik lambat, baju keketat, tudung lilit leher konon fesyen? Itu ko kata Fun? Eh kamonlah brader, sistorrr. Aku pernah berada di tempat itu.
Kau memang rasa benda tu seronok. Benda maksiat, dosa memang seronok. Tapi keseronokan tu jugak akan buat kau rasa kosong. Rasa tak lengkap hidup. Rasa cam somthing missing. Apa missing tu?
Cahaya keimanan. Situ hilangnya rasa manis "fun" kau. Seronok tu sekejap je. Pastuh hilang... kau rasa sunyi, kosong, burung pun kau rasa lebih bahagia dari kau
Lepas tu, kau nampak hamba Allah ni. Berpakaian sunnah, rajin turun ke majlis ilmu, muka manis tidak lekang dengan senyuman. Kau nampak muka dia tenang tanpa masalah.
Kau tak pernah ke terdetik nak tegur dia? Nak bergaul dia? Mesti pernahkan? Aku tahu sebab dulu aku pun camtu. Rasa cantik sangat kaum hawa bertudung labuh sampai rasa cam "eh aku ni straight ke tak ni dok usha awek tudung labuh lelama" tapi ofkosh iolls straight. Minat aku pada diorang kerana keindahan pakaian Islam yang dibawa. Nampak ayu dan sejuk je pandang kan.
Muka diorang pun tenang je. Redup redup gitu. Tapi....... kita akan rasa segan nak gaul dengan orang lebih berilmu dan lebih menjaga
Yelah, kita ni dok clubbing, dok pakai ketat, dok hipster sana sini, isapkok, vapersszz lagi en mana layak gaul orang gitu. Dosa pun banyak. Allah nak ampunkan ke en? Maka, kita pun lepastu buatpe? Menjarakkan diri dari yang berilmu dan terus jahil. Itulah silap kita
Yang berpakaian sunnah itu tidak semestinya berilmu, dia juga sedang mengejar jannah yang sama dengan kita
Yang jahil itu kita, tak penat ke terus hidup dalam kejahilan yang menyesatkan?
Yang hiburan itu sementara. Sampai bila nak berhibur dok buai diri dengan kisah cinta angan fantasi tak kemana itu?
Yang terdetik untuk berubah di hati kita itu ialah cahaya hidayah sedang mengetuk pintu hati kita, menunggu pintunya dibuka dan dijemput masuk untuk tinggal selamanya
Yang tahu diri kita, yang mengenali sejarah kita, yang ikhtiar, yang terdetik dan yang permata itu ialah diri kita. Sudah 2016 ini, mohle kita bersama berubah kiblat ke arah Pencipta, yang Maha Esa
Pintu taubat masih terbuka. Setinggi langit dosa kita sekalipun, kasih dan cinta Ilahi itu lebih berkuasa :)
Assalamualaikum. Moga Allah permudahkan segalanya
No comments:
Post a Comment