Thursday, May 19, 2016

Post buat Frank (Bintang)

Assalamualaikum and yo yo waddup. Cekidauttt cekodok cekedut cik cik cik cekedauttt hahahahhaha
Okey okey. Sorry. Elly tengah mood cuti sem (ye, Unisza dah cuti dah) so dia cam wut wut hyper sikit
So yeah. Harini Elly cerita pasal Frank (again, bukan nama sebenar). Ingat lagi Frank? Haaa tak ingat gi baca balik post Hijrah Elly baru baca post ni hokeng
.
.
.
.
Dah baca dah? Hokeng, jom start
Before that, I wanna say that Im forever thankful that I met Frank. Bukan saja-saja Allah put someone into our life - doesnt natter whether they stay or not. They all put a meaning to our life a bit or so. So yeah. Frank. He taught me lots of thing. He wakes me up and taught me that I should learn to love and respect myself more. We stop contacting each other so that we can focus more on whats priority to us - which for me its the hijrah-ing thing. He respected me and respected my brother thought about me being in relationship tapi biasalah sometimes you fail jugak dengan hasutan syaitan. So here are more about it.

Bismillah.
Okey. Cerita dia bermula dengan Elly has a hugeeee crush on him back on my matrics life. Ok tipu. Takdelah sampai huge sampai termimpi bagai. Just nervouslah bila terserempak blah blah blah boo crush boo. Geli nak taip hahahahaha

And nak dipendekkan cerita, dia pun minat Elly. Since first week matrics lagi haahaha tanak citer. Geli woi
So, yeahhhh. Maka berlakulah sesi perkenalan blah blah ws pe semua. 

Actually, instead of lovers. Kitorang ni macam kawan baik. Sembang aku kau, tak pernah call. Voice note pon tak. Barely terserempak apatah lagi jumpa dating bagai lol sebab we both jenis geli geliman sikit bab cinta pffttr koya
Other reason is sebab nak jaga batas. Tanak over sangat. Bak kata Frank, "we are not in legit relationship". At first, of course ada cheezy wedges tapi lelama yang tinggal hanyalah wedges perempuan yang tinggi gedabak tu
We slowly developing and changing to the right road. We're sinner and still a sinner but slowly kitorang trylah nak stop. Our relationship approximately 1 year kot (?) Alhamdulillah lah satu tahun (walaupun agak lama sebenarnya tempoh tu).

Kenapa Alhamdulillah? Alhamdulillah Allah bagi kesedaran awal kat kitorang sebelum kitorang hanyut lebih dalam ke lembah zina dan diberi kesempatan untuk bertaubat. I couldnt imaginelah kalau tempoh lagi lama. Mesti berbakul dosa Elly. Kalau lagi lama, mati time dalam keadaan berdosa tuu?? Nauzubillah min zalik. So, im thankful Allah masih sayangkan kami berdua
Dalam satu tahun tu actually kami lalui 4 fasa perubahan.

The first phase - Kurangkan contact
Okey. Kes ni berlaku lepas dengar ceramah Ustazah Siti Fatimah Syarhah kiut miut tu. It was my idea actually. I wanted to stop contact terus tapi honestly we both just couldnt bear not contacting (acah je lebih padahal boleh je hidup sekarang)

So, kitorang endup kurangkan contact. Limit sampai midnight, 12am je. Lebih daripada tu tak boleh. Since then, kitorang dah start kurang contact. Memasing pulak busy study so kekadang sehari tu just cakap sepatah dua. Paling lama dua jam camtu je. We also stop sending selfies kat each other. Delete semua gambar yang pernah kitorang ada

The second phase - stop contact
Sec phase ni also my idea. During this time i begin to read Tarbiah Sentap punya blog so i begin to learn more about bercinta and ikhtilat. And my brother dah bagi warning jangan bercinta bagai (daripada zaman smk lagi dia dah pesan tapi Elly yang degil hm sorry Angah). Elly pun slow talk kat dia apa semua and he agreed with it.
At first, things were running smoothly tapi it only lasted for a month i think. This time, dia kalah. Dia kontek Elly dulu guna alasan tanya result UPU hahahaha so yeah kitorang start balik kontek

The third phase - distance ourselves
Time ni dedua sibuk kerja part time dannn tersangatlah barely kontek each other. Sampai dalam sebulan tu dalam 5-6 kali je kot. Tapi lepas masuk Uni at first dedua cam rancak gak (still barely contact tho). Slowly Elly jadi cam gedik and clingy so i talk to him AGAIN lets cut off. Then, he agreed. He also agreed sebab dia kata kitorang memang tak in legit relationship, he respected what my brother told me and i shudve listen to my brother's advice. He is sorry for everything. This time it last 2months top and im the one yang kalah.........

The last phase - ULTIMATE CUT OFF (FINALLY OH GOSH IM SO TIRED)
This was his idea. Elly perasan dia dah sombong gila hahaa memamng terasa distance and cold dia. And one day, kitorang gaduh (pasal bluetick hokeng haaaahahaha immaturedd) that when he decided to cut off.

So, my story wasnt that interesting buttt.. Ada few points actually Elly nak bagitahu kat sini

1. Frank is probably one the most honest guy ive ever met lepas abang Elly, Angah. Dia jenis sound direct tau. Couple of times actually sentap dengan ayat dia (which is a good thing actually). His mean words lah sebenarnya yang kejutkan Elly dari terbuai dengan dosa. Thanks Frank! Dia ada gak nasihat Elly memacam

Oh yeah antara contoh ayat sentap dia,
"kenapa eh kita stress pasal perkara yang kecik macam jerawat tumbuh tapi tak sibuk pun fikir benda heavy. Contoh cam dosa kita"
"kau, aku nampaklah kau sangat menjaga aurat tapi entahlah. Bagi aku kau ni bukan kategori yang warak pun"
"kau post blog kata nak berhijrah pe semua tapi kau still gedik gedik gak. Takpe ke"
Sentap en ayat dia? Bedebushhh. Jatuh gedebuk dengar ayat dia

2. A good guy doesnt always come with angel-looking like. Tak semestinya stok surau yang kena berserban, berkopiah, berakhi ukhti 24jam. Kekadang dia menyorok disebalik seluar jeans dan tshirt Levis.

Elly ada jumpa je dak surau berdakwah bagai tapi in socmeds berchia chia dengan aweks dan lelaki yang biasabiasa je penampilan tapi solat jaga, ikhtilat jaga and pandangan mata pun jaga

Dont be fooled by appearance. Macam Frank ni. I didnt really put high expectations in him fixing me but he did! So girl, jangan nak kejar sangat dak surau pe semua ok. Kau lek je. Kalau ada laki seluar jeans masuk minang jangan nak tolak semata nak tunggu 'pak ustaz' notice kau

3. Usaha. Yes. Nak berubah tu susah. Nak stop contact tu susah. Mana nak cari kekuatan tu? Carilah Allah. Allah ada kekuatan. Elly dngan Frank pun struggle gak tapi kitorang tak give up nak stop contact tu. Bila Allah slowly nampak effort kita, In Shaa Allah Dia akan pinjamkan kekuatan dan permudahkan urusan. 

Honestly, kalau kita betul sayang dia. Kita lepaskan dia. Kita kata kita sayang, tapi kita ikat dia dengan dosa. Kita biar dia bergelumang dosa bersama kita. Dalam kes ni takde lelaki salah or pompuan yang salah. No meninist and feminist thought involve here ok. Dedua salah! Takkan berlaku hubungan tanpa sepakatan antara dua pandangan hokeng

Jangan risau sangatlah pasal jodoh. Kalau betul dia jodoh kau, kau pergi Lautan Antertika pun boleh kahwin dengan dia ok. Allah SWT dah janji pada kitakan yang Dia rahsiakan 3 perkara yang pasti berlaku iaitu Rezeki, Jodoh dan Maut. Jangan stress ok. Imam Nawawi pun jumpa jodoh kat Syurga. Jadi pedehal nak serabut pasal jodoh. Wat lek je. Ada jodoh adalah. Takde, jumpa kat Syurga nanti. Baik fokus yang ketiga tu. Maut tu. Sejengkal je dengan kita tu

4. Cinta pada ajnabi berlebihan itu bukan fitrah. Cinta fitrah yang sebenar kalau nak tahu lebih lanjut gi baca buku Aku Bukan Malaikat karya Syukery Azizan terbitan Tarbiah Sentap. Page 91 ke 191 tak ingat tapi tajuk bab tu Cinta Itu Fitrah

Takde buku tu? Belilah. Baucer buku kan ada. Hm apa? Baucer buku habis? Belilah guna duit. Apa salahnya menginfakkan harta untuk kembali ke jalan Allah. Takde duit? Pinjamlah buku kawan. Tanya diorang siapa yang ada. Kawan dok jauh? Snaplah bab tu. Dunia sekarang kan mudah. Semuanya di hujung jari gicheww.

Kalau yang pinjam tu, kita actually tolong member kita tambah saham pahala tau. Kalau yang beli tu, pinjamlah kat kawan pulak. Share ilmu yang bermanfaat kan antara amalan yang takkan terputus matinya seorang anak Adam.

Tanak ke kita ramaikan penghuni Syurga dengan kawan kita and diri kita?
Jangan risau Allah nampak usaha kita

So yeah. Thats all Elly nak share. And  sorry sebab sebelum ni Elly tak amalkan apa ilmu Elly kongsi. Sorry sebab mencemarkan kemuliaan tudung labuh. Elly nak minta tolong korang doakanlah Elly kuat dan istiqamah dalam perubahan eh? Im trying to learn. Ilmu agama tu masih bayi lagi. Fix me when im broken ok? Maaf di atas segala kekhilafan. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya daripada Allah

Moga bermanfaat. Moga Allah permudahkan urusan kita dan sentiasa berada perlindungan-Nya
Assalamualaikum and happy holiday khas budak Unisza. Dak IPTA yang lain lak Allah Yuftah Alaikum for final. Struggle lah dengan niat jihad fisabilillah. Jangan niat sebab nak keje stable kawen awal or sebab pakwe suruh belajar pulak ek 

No comments:

Post a Comment