Thursday, August 25, 2016

Butterflies in my stomach

Assalamualaikum wbt. Ya, seperti yang anda dapat baca melalui tajuk dia, post kali ada kisah cinta sikit. Oh dan dalam post ni Elly akan guna aku since nak amek feeling sikit.

Cerita ini berdasarkan kisah benar seorang hamba Allah dan mungkin ada sedikit pengubahsuaian. Bismillah

***************************

Ini kisah hidup seketul manusia bergelar pelajar Universiti yang suka acah sibuk dengan jadual kelas yang kejap lopong, kejap padat. Macam perencah Maggie yang penuh kejutan.

Pada suatu hari, (ikut koranglah nak start dengan hari apa) aku balik bilik waktu gap kelas untuk sekian kalinya. Kelas daripada 10-12 dan lab pulak 2-5. Selalunya aku akan stay je kat fakulti tapi entahlah jin Islam mana yang sampuk aku, aku nekad untuk balik walaupun member tak join sekali

Sampai bilik je, aku terus tidur. Tak studentlah kalau tak tidur everytime jumpa bilik. Dapat pula aku ni memang kuat tidur sikit (ye ke sikit?)

Tidur yang terlalu banyak tak elok btw. Siapa rasa nak bijak, elakkan tidur berlebihan sebab dia boleh develop penyakit malas. So, jangan cari penyakit kalau taknak penyakit.

Jangan risau tidur tak cukup time belajar. Imam Shafie pun tidur hanya beberapa jam je sebab terlalu sibuk menelaah. Lagipun, akan ada suatu hari kita akan ditidurkan dalam jangka masa yang lama sehingga tibanya hari kebangkitan... So, why bother in sleeping?

Ok apa aku nak sampaikan ni.
Balik semula ke cerita tadi.
Bangun je daripada "qailullah" versi orang Melayu, (if you know what I mean) aku pun fikir,

"Petang ni quiz. Baik aku siap awal, study sikit apa yang patut kat surau. Mana tahu dapat ketenangan kan?"

Biasalah manusia. Time ada ujian, time kesusahan baru mencari ketenangan, baru mencari Allah SWT. Tapi bagus jugak en daripada kita dok cari jodoh? Huhuhu (takde kena mengena)

Aku pun lepaklah surau. Tengah study sambil kunyah roti Gardenia cokelat yang sungguh enak dimakan begitu sahaja, Azan pun berkumandang menandakan sudah masuk waktu Zohor di kawasan Unisza Tembila, Besut dan sama waktu dengannya

Aku memula malas nak solat jemaah. Alaa, nak study lagi en. Imam dahlah baca surah panjang.

Tapi entahlah. Jin Islam yang tadi sampuk aku.... Eh bukan bukan. Hidayah....

Entah dari mana dia datang tetiba ketuk hati aku. Aku tanak bukak. Tapi dia dapat jugak masuk. Mana entah dia dapat kunci pintu hati akuu. Calon suami pun belum dapat kunci ni lagi tau huhu

So, aku pun solat Zohor berjemaah di Surau Ar-Raudah buat julung kalinya. Aku rasa... Ada sedikit ketenangan.

Waktu habis doa, aku perasan beberapa classmates aku ada sama. Saja tanya diorang, acah ramah

"Selalu ke turun jemaah?"
Diorang jawab,
"Kekadang je kalau ada masa. Tapi rasanya jarang nampak *insert nama* turun surau. Takpe faham. Sibuk dengan PERSIS en?"

Time tu aku rasa macam ada tangan kuasa naga sakti berbola daging tampar muka aku. Padan muka akulah. Nak sangat acah ramah en

Aku bertudung agak labuh. Menutup aurat sempurna. Tapi ini baru first time turun jemaah tanpa pemangkin seperti program - program surau. Ikhtilat jangan cakaplah hancur habis. Mulut pun macam longkang tak cuci. Kerja nak komen, nak kutuk orang je. Dahlah perwatakan kasar. Allahu. Jauh beza dengan diorang ni

Aku senyum malu je. Time tu kalau ada pasu bunga kosong ke cangkul ke, dah lama tanam muka tembok ni wehh hm. Sejak daripada itu aku mulalah rajin sikit turun surau. Ada tazkirah ke usrah ke rajinlah turun. Tapi tak rajin manalah

Sampailah aku terbaca kertas tampal kat Surau blok lama Gong Badak time meeting PERSIS. Hidayah yang sebelum ni mungkin bosan, dia ajak hidayah baru datang menetap dekat hati aku.

"Apabila kita mendekatkan diri kita dengan tempat dan orang yang baik-baik, maka Allah akan hadirkan perasaan nak jadi baik"

Aku terdiam. Nak jadi baik?
Siapa je tak nak?
Orang gila pun tak teringin nak jadi jahat rasanya.

Malam tu memang aku rasa sejuk sangat. Hawa dingin seakan-akan mencucuk tulang aku (amboi, rindu buat karangan ketew)

Time balik daripada meeting, aku termenung atas katil. Roommate dah tidur dah.

Entah macam mana, pipi aku basah.
Rasa rindu tu datang.
Rasa sakitnya buat dosa datang.
Rasa gelisah tu hilang.
Diganti pula rasa tenang.
Rasa ingin bercinta tu datang.

Tak dapat tidur, aku decided untuk kerjakan ibadah mana yang patut.
Menangis, merayu, melutut, memohon ampun.

Few days later,
Aku paksa diri aku untuk turun surau selagi ada peluang, kudrat dan tiada aral yang menghalang

Memang tak sempurna solat jemaah aku. Kekadang ada tebuk tebuk turun jemaah, tapi aku paksakan jugak selagi boleh

Sehinggalah suatu hari,
Clasamate aku yang manis seorang ini tegur aku. Aku tengah termenung time tu

"Boleh tak A nak tanya *insert nama* sesuatu?"
"Eh boleh je. Tanyalah"
"Kenapa awak selalu turun surau, solat jemaah? Bukannya ada program ke apa. Orang lain pun takde turun dah"
"Ahh.. Tak.. Uhmm.. Sebenarnya.. Saya ada baca satu kertas ni. Dekat surau Gong Badak.."
- aku cerita apa aku baca dan macam mana aku cuba nak jadi baik

Dia senyum manis kat aku.
"Awak baik apa. Kenapa awak nak jadi baik lagi?"
"Hmm nak jadi lebih baik? Takkan nak baik jekan. Bosanlah. Nak special sikit"
"Hahaha tahu tak. Waktu awak baca kertas tu kan. Itu sebenarnya hidayah Allah dah sampai kat hati awak"
"Hahaha yeke. Tak perasan pulak"
"Allah pilih awak untuk berubah. Allah pilih awak untuk datang berjemaah. Bukan senang nak jadi yang terpilih. Beruntunglah awak. Ramai kat luar tu, dah dipanggil tapi pintu hati masih belum terbuka. Awak pulak buka hati awak untuk hidayah Allah tu"

Dia senyum kat aku.
Aku terdiam. Aku senyum tawar.
Azan Isyak berkumandang dan aku tenggelam dalam fikiran aku

Berapa kali aku jauh daripada Allah?
Berapa kali aku curang cintakan manusia lebih daripada Allah?
Berapa banyak dosa aku dah aku buat?
Berapa banyak syariat Allah aku langgar?
Berapa banyak maksiat aku damba?
Berapa banyak aku merasa puas dengan amalan aku lalu berhenti mencintai ibadah?

Tapi,
Allah masih pilih aku
Allah masih perasan kewujudan aku
Allah masih sayangkan aku

Hamba apa aku ni?
Sekali lagi. Malam itu jadi malam aku berendamkan air mata.

Esoknya,
Lusanya,
Dan hari seterusnya,
Hari hari,
Aku tanam azam untuk memperbaiki diri dan mengejar cintanya.

Surau Ar- Raudah tu menjadi saksi.
Menjadi saksi aku jatuh cinta dengan agama aku semula
Menjadi saksi aku bertarung antara nafsu dan iman
Menjadi saksi aku memohon ampun kerana kekhilafan aku yang tinggi setinggi Gunung Everest

Sahabat aku yang menegur aku, A.
Tak pernah putus mengajak aku,
Menasihati aku, menegur aku.
Melihat kecantikan dan kesungguhan dia dalam menjaga imannya, berdakwah pada sahabatnya serta berusaha menjaga ukhuwah yang terjalin

Buat aku rasa jatuh cinta juga.
Jatuh cinta dengan keperibadian yang melambangkan Islam yang sebenar
Berbanding aku yang kasar
Umpama jauh panggang daripada api.
Umpama langit dan bumi

Till this days,
Everytime I step my feet at that mini heaven of Allah,
Everytime I met that girl,
I'm in love, again
I fall in love all over again

I fall for Islam and the beauty in it.
I felt a butterfly in my stomach

*************Fin**************

Andai kata kau nak berubah,
Lalu ada yang persoalkan,
Abaikan

Andai kata kau tersilap dalam semangat penghiijrahan,
Lalu ada yang menegur dan kecam kau,
Ambil yang jernih, buang yang keruh dan muhasabah.

Andai ada yang menjauhi kau saat kau mula kenal Allah,
Biarkanlah ia pergi.
Jangan dipaksa orang yang tak sudi menemani

Hidup ini punya pilihan.
Pilihlah pilihan yang mendekatkan diri ke jalan Allah.

*nota kaki: PERSIS ialah sebuah pertubuhan sukarelawan siswa/i di Unisza. Thank you

No comments:

Post a Comment