Sunday, August 16, 2015

TO UNISZA WE GO !


Dear Ayah,


puteri bongsu ayah ni Alhamdulillah dapat sambung belajar kat IPTA. Walaupun sedikit kechiwaaaa tak dapat sambung belajar dekat Universiti Putra Malaysia (UPM) tempat ayah dulu, Elly terima ketentuan Ilahi dengan hati terbuka, Elly dapat Unisza, Terengganu yah. Lagi sekalilah memendam rindu kat ayah. Ingatkan dapatlah area KL, boleh melawat ayah selalu sebab Elly pun mintak semua area KL. Yang mintak jauh cuma hat Unisza ja tapi tak sangka pulak yang hat jauh tu pulak dapat. Aduh, dah rezeki Elly belajar kat Patta Timo gamaknya. Dulu dok Kelantan ingat dah perabeh jauh dah tu hahaha

"Elly ni matriks kat Kelantan. Degree kat Terengganu. Pesnih, jodoh dengan orang Pahang pulak lah. barulah lengkap Patta Timonya" - Mak, Ogos 2015
(Elly nak orang Selatan, tapi mak tak kasi yah. Sedih hati ELly ni hm)

Ayah, Elly mintak maaf awei-awei lah ye sebab kemungkinan Elly untuk jarang ziarah itu tinggi. Maklumlah, sekarang ni musim GST. Semua pon dok pakat naik rege sana rege sini. Mampoih anak ayah ni nak memikio bajet ni haa. Dahlah rabun makin tinggi (bahana dok main fon la ni). Abes lari bajet dok beli kaca mata baru. Oh lupa yah. Elly tak dapat kos veterinar tapi Elly dapat kos Animal Science. Bila orang dok tanya, "Aliah, ko dapat kos apa?" , Elly mampu jawab "Aku dapat kos Animal Science. Bau-bau bacang sikit dengan vet" sebab nama kos Elly panjang bebenor ye haah. Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan Kepujian. Panjang tak ayah? Haa, ni kalau buat akad ni mau pengantin laki tercekik ayaq lior ye dak. Ni belum lagi explain pejadah natang produksi bagai tu. Mau bertong-tong ayaq lior tersemboq sana sini nak hujahnya. Lelagi sekarang musim hujan (pe kena mengena pon Elly tak tau eh)

Elly dah dok buat research dah pasei kurusus ni. Memang minat Elly yah. Dapat main dengan binatang, bercucuk tanam. Haaa tak sabar nak sambung belajar. Nak buat ayah bangga dapat puteri bongsu yang comel, cantik, bijak, solehah, cukup package lah bak kata orang kannnn~ Amin hahaha

Jangan risau yah. Elly study jauh berjuta batu pon laki dekat hati Elly cuma satu ja. Encik Mohd Nordin Salleh ja yang bertakhta ni haaa~ Tapi kalau dah habeh 4 tahun tu, cinta ini mungkin dibahagikan lah ye yah. Al maklumlah, nak cari bakal menantu thorbaekkkk untuk ayah hehe nanti Elly bawak jumpa ayah ye yah. Harap-harap dapatlah kacak and pandai macam ayah.

Psst , Elly ada jumpa sorang. Dok dekat ja dengan kampung ayah tapi angah lak dok bising jangan bercinta lagi. Maka, Elly pon kawan tapi tak rapat mana  jelah dengan dia. Angah kan wali Elly selepas ayah. Kena dengaq cakap dia. Dia banyak dah jaga Elly. Ini ja lah cara untuk balas budi angah. Lagipon, Tarbiah Sentap aghi-aghi dok pesan. JAGA IKHTILAT! JAGA IKHTILAT! Sampai pening lalat dah dok memikio guano nok jago ikhtilat ni boh. Apa aku sembang bahasa apa aku pon tak tau dah. Eh, terguna aku lak. Ni cakap sorang-sorang tau, yah. Bukan dengan ayah huhu

Itu jelah kot Elly dok merapu. Sembang lagi. Assalamualaikum Ayah :)

4 comments:

  1. Assalam akak, saya nak tny subjek2 dlam kos ni apa ea?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete