Assalamualaikum Ayah,
Hari ini Elly nak jawab satu soalan yang orang sering tanyakan kepada Elly. Dalam jawapan ni Elly akan bahasakan diri sebagai Aliah sebab lebih formal (acah hahahaha)
Okay. Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah, Aliah sekarang mula belajar untuk mendekati Islam semula dan Alhamdulillah Aliah dah mula berniqab (ya, inilah perkara yang Aliah nak bagitahu dalam post lama). Alhamdulillah juga dah sebulan lebih Aliah berjinak dalam memakai niqab. Doakan Aliah istiqamah dan sentiasa ingat untuk tajdid niat hijrah ini untuk Allah ye?
Okay. Settle bab satu. Yang kedua. Ada dua soalan orang selalu tanya Aliah
"Macam mana kau boleh berubah?" dan
"Apa yang buat Aliah terdetik nak pakai niqab?"
Soalan kedua, Aliah simpan dahulu. Belum bersedia nak explain (acah acah dak femes ciked hahahahha)
Amek balik mood serius please. *tarik nafas**hembusss*
Aliah sebenarnya tak tahu nak respond apa. Nak share jawapan lebih takut seolah bermegah dengan perubahan diri. Nak simpan takut orang kata Aliah kedekut ilmu. Nak berubah sorang diri je. Nauzubillah
Jadi, siapa rasa nak berhenti baca boleh berhenti. Siapa rasa nak baca silakan. Andai ada salah silap, mohon berikan teguran yang membina :)
Ada beberapa sebab Aliah nak berubah/pembakar semangat nak berubah sebenarnya
Pertama, Aliah sebenarnya baru lepas putus cinta (jangan terkejut sangat)
Tak tahulah dikira bercinta ke tak, tapi kalau dah ada perasaan ingin kahwin tu kira dah bercintalah kan?
Mak Aliah tahu hal ni. Abang Aliah pun. Macam biasa, seorang wali mestilah marahkan adik perempuan dia miang keladi dengan lelaki ajnabi. Tapi mak Aliah ok. Cuma dalam ok dia, mak banyak gak tegur and nasihat elakkan terlalu rapat dan terlalu baik
Seperti biasa, seketul Aliah abaikan nasihat itu lalu terjerumus lah ke jalan mendekati zina itu. Aliah dengan Frank (bukan nama sebenar) ni act more like a friend. Kitorang guna aku kau, jarang contact, dua kali jumpa, tak pernah dating dan tak pernah on the phone. Dalam Aliah dengan Frank ni, adalah bagi nasihat agama blah blah. Ye, mencuba untuk menghalalkan perkara yang haram
Aliah stop contact dengan dia sebab dia yang mintak. Alhamdulillah, Aliah tak marah dia. Jujur memang ada rasa frust sedih and sedikit lah marah en tipulah tak marah tu. Tapi disebabkan tindakan dia tulah Aliah berada di mana Aliah ada sekarang. Demi jaga kehormatan Aliah sebagai seorang wanita, dia tinggalkan Aliah. Terima kasih Frank. Aku doakan semoga kau sentiasa dalam perlindungan-Nya
Aliah ada juga menangis awal awal tu sejujurnya tapi bila fikir balik. Buat apa menangis pada lelaki ajnabi yang belum pasti jodoh kita? Belum pasti mengasihi kita lebih dari kita mengasihi dia? Sedangkan ada seorang lelaki yang setia mencintai kita. Setia mendoakan kita, merindui kita sehingga ke hembusan terakhirnya. Setia menunggu sehingga semua umatnya masuk ke syurga. Bersedia dalam memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.....walapun baginda belum pernah melihat kita... tepuk dada, tanya iman.
Dalam sedih Aliah, ada terselit kegembiraan. Aliah gembira kerana Allah SWT terima dan makbulkan doa Aliah. Ye, kunci utama dalam perubahan adalah doa. Doa setiap hari, setiap kali lepas solat, setiap kali inginkan sesuatu dengan penuh tekad, kesungguhan dan keyakinan yang tinggi pada Allah SWT. Rasa malu pun ada waktu tu.
"Allah masih terima doa aku walaupun aku selalu lambatkan solat, banyak berhibur sehingga leka dengan amalan, tidak menjaga ikhtilat, selalu mungkiri janji, selalu lupa akan-Nya"
Itu apa yang Aliah fikirkan. Betapa sayangnya Allah SWT pada kita selama ni. Memakbulkan doa tanpa memikirkan siapa kita di masa silam kita
Jadi, berdoalah bersungguh-sungguh. Aliah doa minta dijauhkan zina dan maksiat lalu Allah tarik Frank daripada Aliah. Allah hapuskan rasa cinta Aliah pada kpop, pada hiburan, pada lagu-lagu yang lagha. Perlahan-lahan Allah tarik. Cuma Aliah je yang tak perasan selama ni
Yang kedua, sebab Aliah tertarik dengan akhlah murni sahabat Aliah dan berazam nak jadi cantik. Cantik di mata Allah SWT
Aliah ada admire seorang gadis ni. Nama dia Azwany. Dia tak banyak cakap, hanya bercakap bila perlu, gelaknya juga dikawal di hadapan ajnabi, lemah lembut dan bacaan Al-Qurannya cukup merdu
Dalam admire, Aliah cemburu. Ah, kan best kalau aku dapat jadi secantik dia. Nak jadi jadi baik. Nak jadi lebih baik. Nak jadi yang terbaik
Tanamlah dalam diri kita untuk tamakkan pahala. Allah lebih suka bila kita berebut dalam mengejar cinta dia. Jadikan seseorang yang baik akhlaknya sebagai pesaing kita. Pesaing dalam merebut pahala. Tapi dalam bersaing tu janganlah kau doakan bukan bukan lak. Doa si polan ni mimpi indah supaya tak bangun tahajud biar kau je tahajud. Jangan. Dalam berebut tu, kita kena saling membina akhlak pekerti antara satu sama lain di mana kita masuk ke sebab ketiga
Usrah. Usrah itu keluarga. Usrah adalah tempat di mana orang yang NAK BERUBAH JADI BAIK. Bukan hanya untuk orang baik. Nak tahu pasal usrah, boleh baca buku Usrah Ini Semua Poyo! Seronok buku tu. Bahasa dia santai lengkap dengan situasi yang dekat dengan kita
Joinlah mana-mana usrah. Selain menambah ilmu, kita juga menambah kenalan dan menguatkan ukhwah fillah kita. Daripada situ, kita boleh cari dan minta bantuan rakan untuk bimbing kita, sokong kita dan dorong kita untuk berubah. Jangan segan, jangan malu
Aliah waktu first time join usrah, Aliah menangis. Ada kesempitan dalam dada ni mula terasa luas. Akhirnya, Allah pilih juga aku untuk kembali ke jalan yang benar.
Keempat, solat dan al-Fatihah
Solat tiang agama. Takde tiang, jangan mimpilah nak ada rumah woi. Tiang cinta takde, mana mungkin dapat bina rumah tangga? Cia cia cia hahahaha. Dalam solat tu, hayati setiap bait bacaan terutamanya Al-Fatihah. Perbetulkan bacaan dan bersungguhlah baca Al-Fatihah. Itu merupakan penghulu segala doa tau
Kelima, berkat doa ibu bapa dan saudara terdekat Ini patutnya tempat dia di atassss sekali. Tapi Aliah terlupa. Maafff...
Aliah tahu mak ayah kat luar sana sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Kalau kau rasa mak ayah kau tak doakan kau jadi anak soleh solehah (which is impossible kot?) Pujuk, rayu dan paksa mak ayah kau untuk doakan kau untuk berubah. Tak cukup mak ayah, mintak pulak mokcik pokcik hang, saudara mara hang, kawan baik hang, kawan jahat hang, musuh hang, nenek saudara musuh kawan baik punya adik hang. Kalau ada kenalan yang pergi haji atau umrah, mintak tolong diorang untuk doakan kita kuat dan bersemangat dan dipermudahkan urusan untuk berubah
Yang terakhir sebab kawan Aliah yang Aliah dulu kutuk dulu rasa lagi teruk daripada Aliah boleh berubah menjadi seorang yang sangat baik pekertinya. Bukan kawan Aliah je. Ramai yang Aliah baca dan dengar kisah silamnya yang Aliah rasa lebih dahsyat daripada kisah Aliah mampu berubah menjadi seorang daie, seorang ahli surau yang setia beribadah pada Allah dan seorang niqabis. Time tu terdetik, "kalau diorang yang kononnya lagi teruk dari aku boleh berubah, takkan aku tak boleh berubah?" Hapuskan perkataan aku takkan berubah kepada aku akan berubah. Tiada yang mustahil dalam dunia ni dengan izin-Nya. Niat kita baik, in Shaa Allah akan permudahkan urusan kita. Banyakkan baca kisah kisah perubahan orang seperti buku Momento sebagai pembakar semangat untuk lebih yakin dengan diri kita, mengenali diri kita dan lakukan perubahan. Kisah Shukery Azizan antara kisah orang zaman sekarang yang paling mengayat hati dalam masa yang sama membakar semangat diri Aliah. Hayatilah kisah beliau. Sedih dengar....
Haaa.. itulah. Antara sebab Aliah nak berubah. Ingatlah, bila kita mula rasa nak berubah, cepat cepatlah tahan En. Hijrah tu. Amek dia dan pinang dia. Eh bukan. Maksudnya, jangan lepaskan peluang untuk berubah. Bila dah niat tu, itu maknanya hidayah dan taufiq mula mengetuk pintu hati kita. Jangan tangguh taubat. Kalau kita tak suka doa kita ditangguh, maka janganlah kita tangguh perkara Allah suka.
Berhentilah alasan kerana maut hadir tanpa mendengar sebarang alasan daripada kita dahulu. Moga bermanfaat
Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu hadirnya daripada Aliah sendiri
Jumpa lagi post akan datang. Allahualam. Assalamualaikum