Wednesday, April 27, 2016

Kerna terpaksa aku relakan

Dear ayah,

Harini Elly tolong Mak kat kebun buah tin mak. At first, Elly sebenarnya buat kerana terpaksaku relakan. Yelah, mak pun tak berapa sihat pastuh mak dah ajak tolongkan. Takkanlah nak biarkan je seorang wanita yang bergelar ibu yang lagikan tidak sihat itu berpenat lelah kepanasan dek panahan cahaya matahari sedangkan anaknya goyang kaki di atas talian kat rumah en. Fuhh rindu nak buat karangan ke apa ni

Ok. Ok. Sambung balik. So, seketul Aliah pun dengan rasa berat hati bercampur ihsan bercampur malas bercampur simpati (you get the point rite), pergilah ke kebun dan buat some amende tah nama process tu. Spunning? Whinning? Entah. Tahu whining je.

Hati yang berat terpaksa tadi en tetiba lah en tetiba jadi seronok pulak. Especially part potong daun rosak tu. Tangkas tangan Elly memotong daun daun yang rosak itu (baku sangat) sampai terpotong daun segar hahahaha ampun mak. Buang rumput pula gigih nak cari akar dia sampai tercabut akar pokok tin lol tangan ni memang kaki menjahanamkan benda kekadang.

The point is pernah tak kita buat sesuatu kerana keterpaksaan tetapi lama lama dia jadi seronok? Jadi sesuatu yang menghiburkan, rasa nak buat lagi, buat lebih dan bersemangat, sesuatu yang serasi dengan kita sampai jadi tabiat/habit? Or even hobi?

Alaa... macam drama Zehra ke Alexandra ke apatah kat TV3 tu pepetang tu. Memula kahwin paksa tapi dah selalu jumpa jadi jatuh cinta tanak lepas sanggup kena langgar you terjun i terjun you mati i koma tu lah

Sebab tu Nabi berpesan buatlah walaupun terpaksa. Sesuatu yang dilakukan kerana terpaksa ditambah niat baik seperti nak berubah, nak jadikannya sebahagian norma kehidupan itu andai kata dibuat selalu maka, dengan izin Allah SWT, Allah SWT akan buka hati kita untuk jatuh cinta dengan benda tu dan seronok lakukannya.

Tapi sesuatu tu kenalah amalan yang baik macam bersedekah, solat jemaah, terpaksa menutup aurat dan etc. Benda baik, niat kerana Allah, maka In Shaa Allah Allah SWT permudahkan

Mulai hari ini, tanamlah dalam jiwa untuk melatih diri menambah amalan ibadah kita. Paksa diri tu. Jangan malas sangat. Kalau orang paksa kita join majlis ilmu, paksa solat jemaah, paksa tutup aurat, jangan bantah. Dengar je. Try je dulu. Itu mungkin cara Allah SWT menyeru kita untuk kembali merintih, mendekati diri-Nya. Hidayah dan taufiq datang dalam pelbagai bentuk. Terpulang kepada kita je untuk peka dan lihat dengan mata hati kita. Gunakan setiap peluang seruan Allah SWT itu sebaik mungkin. Takut bila kita tangguh, biarkan terlepas benda lain pula menjemput kita dahulu. Nauzubillah. Yakin ke kita dengan pengakhiran kita andai kita mati hari ini? Jujur Elly cakap Elly tak yakin. Tepuk dada, tanya iman.

Kalau kita teringin nak kahwin paksa supaya jatuh cinta kemudian, kenapa tak teringin nak solat paksa supaya rasa kemanisan iman?

Marilah kita menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Moga kita semua dalam perlindungan Allah SWT dan diberikan taufiq dan hidayah. Amin ya rabbal alamin. Allahualam. Moga bermanfaat

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment