Kita semua tahu dan pernah dengar kisah-kisah
terdahulu,
Bagaimana bait-bait ayat Al Quran – Surah Taha
ayat 1 hingga 5 mampu melembutkan hati Saidina Umar Al Khattab yang dahulunya
paling kuat menentang Islam,
Dan bagaimana keangkuhan dan keegoaan yang
tinggi oleh Syaitan yang dahulunya ketua para malaikat dicampak keluar daripada
Syurga dan dimurkai Allah SWT
Ternyata, hidayah itu hanya Allah SWT
sahaja yang berkuasa memberi dan juga menariknya semula
Sudah sekian lama, hati ini terpukul untuk
berkongsikan suatu kisah daripada sejarah zaman pemerintahan Khulafa’
Ar-Rasyidin, pemerintahan pertama oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq selepas
kewafatan baginda, Rasulullah SAW. Perkongsian tentang Sajjah binti Al-Harith.
Siapakah Sajjah binti al-Harith ini? Dia merupakan individu pertama dalam kalangan wanita yang mengaku dirinya seorang Nabi dan meskipun dia seorang wanita, Sajjah ini mempunyai pengikutnya yang setia – dianggarkan 4000 orang termasuk tokoh-tokoh kaum
Selain itu, dia juga antara mereka yang
merancang untuk menyerang dan mengambil alih pentadbiran Islam di Madinah
dengan mengambil kesempatan keadaan yang ketika itu sedikit huru-hara ekoran
tindakan golongan murtad yang menentang pemerintahan Islam di Madinah. DIa
beranggapan bahawa kerajaan Islam Madinah agak goyah selepas kewafatan
Rasulullah SAW.
Namun, setelah berlaku pelbagai rintangan
menghadapi tentera Islam dan Sajjah telah memerangkap diri sendiri dengan
tindakannya sendiri untuk bergabung kuasa dengan Musailamah, Sajjah membuat
keputusan pulang ke kampung halamannya di Iraq
Setiba di Iraq, Sajjah mengambil keputusan
untuk mendiamkan diri sehinggalah bumi Iraq berjaya ditawan oleh tentera Islam
lalu ketika kejadian itu, Sajjah menjadi tawanan tentera Islam
Tidak lama selepas itu, Sajjah mengambil
keputusan untuk memeluk agama Islam dan menjadi seorang Muslimah yang beriman
hingga ke akhir hayatnya
Jadi, persoalannya di sini, kenapa aku
berkongsikan cerita ini pada kalian?
Aku pasti kebanyakan kalian sudah pun
menemui jawapan kepada persoalan ini
Ya, betul. Aku berkongsikan cerita ini
kerana aku mahu kita semua mengambil iktibar daripada cerita ini. Untuk buka
mata dan buka hati, bahawa setiap manusia dan individu samada bukan Islam,
Munafik, Fasik dan berdosa ini MAMPU untuk bertaubat serta kembali ke fitrah
Islam yang sebenar, yakni menjadi Muslim/Mukmin yang diberikan ganjaran husnul
khatimah, pengakhiran hayat yang baik.
Lihatlah, betapa dahsyatnya Sajjah di awal
hidupnya, mengakui dirinya Nabi lagi mencuba untuk memerangi pemerintahan Islam
dan di akhir hayatnya diberikan ganjaran Husnul Khatimah kerana hidayah oleh
Allah SWT
Akhir kalam, aku harap kita semua, termasuk
aku dan pembaca yang dirahmati Allah SWT diberikan ganjaran husnul khatimah di
pengakhiran hayat kita nanti. Moga Allah SWT hiasi diri kita dengan hidayah-Nya
dan hati yang senantiasa tetap di jalan kebenaran
Allah SWT berfirman,
“Dan barang siapa berbuat kejahatan dan
menganiaya dirinya sendiri, kemudian dia memohon keampunan kepada Allah SWT,
nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” – An-Nisaa
: 110
Jadikan bulan Ramadan ini bulan barakah
yang mencorakkan diri kita ke arah kebaikan. Allahualam.
Sumber rujukan: Perang 4 Khalidfah / Zul Amran Omar
No comments:
Post a Comment