Monday, January 25, 2016

Tarbiah Sentap, baguih ke dak?

Dear Ayah,

Harini Elly bukak Twitter, tengok temlen semua dok bercerita pasal Tarbiah Sentap

Kebanyakkan tweet semua cerita pasal ketidakpuasan hati orang orang kita. Tweet kata diorang tak sukalah diorang ni suka sangat judge orang, suka menerakakan orang, penyampaian yang terlalu kasar sampai macam biadap dan more negative words pasal team Tarbiah Sentap

Team Tarbiah Sentap ni sebenarnya suatu team yang berdakwah dengan menggunakan cara menyentapkan orang dengan menceritakan kesalahan kesalahan orang. Bagi Elly okey je dengan diorang punya dakwah. Sentap tu memang sentap ahh. Paduuuuuu habis. Nak kata berkesan ke tak tu, Allah jelah tahu ye. Takmau cerita banyak

Tapi... ada benar juga apa yang orang kata tu. Memang penyampaian diorang agak kasar dan ada juga point diorang Elly tak berapa setuju tapi seni dakwah inikan pelbagai dan banyak jenis. Ini cara seni dakwah mereka. Kalau lah kita tak suka sekalipun, janganlah sampai nak kutuk-kutuk nak condemn diorang kata itu ini. Siap pamerkan keburukan diorang.

Diorang tukan manusia jugak. Cumanya beza dia diorang tu lebih berilmu dan pendakwah tapi dah nama pun manusiakan ada khilafnya. Dah rasa diorang silap, kita tegurlah mereka secara direct. Rasa diorang kasar, kita nasihat dan voice out our opinion POLITELY bukan dengan condemn or kutuk or block sana sini. Kita kutuk dia kata dia kasar sangatlah, biadaplah, sombong berlagak. Abestuh kita ni yang dok kutuk dia ni cam takde bezakan dengan dia?

Haaa.. kita takmau kan sama cam depa? So, bila kita tak suka penyampaian diorang kita tak perlulah bagitahu satu dunia kan? Kita tak perlulah dengar/baca diorang punya penyampaian. Hidup nikan diberi banyak pilihan. Pilihlah orang lain yang lebih lembut dakwahnya. Islam itu mudahkan? Kenapa nak serabut kepala otak kita nak kutuk dia, nak sakit hati dengan Tarbiah Sentap kannn.. percayalah, Elly pun pernah gak runsing hahahaha biasalah en. Lain orang lain citarasa. Ada benda suka, ada benda tak suka ennnn.

Kita ni dahlah memang pendosa yang masih jahil. Kutuk orang yang berilmu ni lagilah bertambah bakul dosa yang banyak kita ni. Abaikan jelah Tarbiah Sentap kalau dah tak suka. Tapi, kena ingat. Mana ilmu dia yang baik jangan pulak kita abaikan

Anggaplah Tarbiah Sentap ni macam cikgu AddMath ke Fizik ke memana subjek kita tak suka yang ajar kerja nak marah carik kesilapan orang je. Kita tak suka tapi kita kena jugak amek ilmu cikgu tu walaupun ya Allah dia ajar bosan nak mati, garang nak mampus, suka perli perli. Sebab apa? Sebab kita nak berjaya. Nak guna ilmu untuk masa depan. Pastuh bila kita tak suka cikgu tu kita buatpe? Haaa mesti carik orang lain ajarkan en? Kawan ke cikgu kelas lain ke en? Haaa samalah konsep dia yang kita guna ni dengan dakwah ni

Tak suka, tak perlu cerita
Bila suka, baru kongsikannya

Dont spread the hatred, instead spread loveeee. Dah dengar lagu Assalamualaikum - Faizal Tahir kan? Alaa yang menang AJL30 tempat ketiga tukan? Jangan dengar je. Terapkan. Tak perlulah kita nak berbalah sesama Islam. Menegur boleh jangan sampai mengaibkan.

Allahualam. Moga kita semua dipermudahkan urusan berhijrah. Assalamualaikum :)

Thursday, January 21, 2016

Mancing & Final

Dear Ayah,
Buat julung kalinya puteri bongsu ayah ni berjaya pegang joran dan memancing yah. Dah lama pendam hasrat nak mancing ni yah. Jealous gak tengok orang dok berlagak dapat tangkap ikan keli, ikan haruan, ikan puyu bagai ni tapi tulah. Hobi ni selalunya hobi laki. Nak ajak kawan pompuan mancing, tak ramai nak join sama. Mimpi jelah dapat
Tapi mimpi itu akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun badan Elly ni tak segagah mana, mampu juga akhirnya pegang joran tu kahkahkah. Tepuk tangan sikit plssssss. Thank you thank you. Apa? Hasil? Hm memang idokle teman nak dapeknyaaaa. Baru pestaim pegang joran, dok kekok kekok lagi. Takde lah dapat pape ikan pun. Tapi.. kalau pancing hati awak, ye awak yang tengah baca tu mungkin dapat hahaha bukan nak tackle ye. Nak pancing hati kasi untuk sama sama kita berhijrah kembali ke kiblat yang betul (ayat kaberlain)
Ok ok. Hari ni jugak sebenarnya hari keluarnya result huhuhuhu Elly tanak check sebenarnya. Tanak fikir pun. Kalau boleh next week pa semua baru check. Malas nak tahu. Tengah sedap dok rumah ni nak lah tenang tenangkan fikiran tapi tulah member nak jugak tahu result. Kata time ginilah nak ngadu masalah pe semua. Pukoi kang hahaha
Tapi Alhamdulillah kawan kawan semua 3.0+. Elly tahu ada yang kecewa sebab tak dapat dean list. Percayalah wahai kawan. Dean list sahaja tak mampu membuktikan apa apa. Yang penting tu keikhlasan diri kita dalam menimba ilmu. Ilmu yang digunakan untuk umat Islam. Belajar berjihad untuk Allah
Andai apa yang kita nak tak dapat. Ketahuilah. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang kita tidak tahu. Boleh jadi apa yang kita nak tu bukanlah yang baik untuk kita dan apa yang kita benci itulah yang terbaik untuk kita
Sentiasalah bersangka baik dengan ketentuan Ilahi walau sekecil zarah sekalipun. Jangan hanya tak dean list kita label diri kita bodoh. Kita compare diri kita dengan orang lain apa semua. Rezeki orang lain lain. Boleh jadi dia dean list tapi dia diuji berat dari segi lain. Kita tak tahukan?
Jangan sedih sedih, ok? Sentiasalah bersyukur apa yang kita dapat. Ada orang luar sana tu beratus tengah cemburukan kita dapat belajar, dapat ilmu. Gunakan peluang ini sebaliknya. Masuk semester 2 ni, kita baikilah mana silap kita. Kita berusaha lebih sikit tapi ingat, hubungan dengan Allah jangan lupa. Biar seimbang ilmu dunia dan akhirat kita.
Hablunminannas pun jangan lupa. Jaga dua tu. In Shaa Allah, kejayaan di tangan kita. Ecehhhh panjang pulak Elly bagi nasihat. Acah poyo je hahaha Elly cakap ni bukan apa sebab Elly tahu perasaan sedihnya tak dapat result kita nak sedangkan usaha dah sebaik mungkin. Stay up sampai subuh, pulun kemain, dakwat perabeh semua lah tapi... itulah. Kun faya kun. Dah rezeki, kita redha sahaja. Usaha lebih lagi
Alhamdulillah. Result Elly memuaskan. Tak capai target tapi Elly bersyukur sangat. Elly dapat pointer 3.58. Course Universiti banyak drag Elly punya pointer hahaha. Next sem Elly baiki lagi ye, yah? Nak ANC macam kakdibah jugak hihihi moga ilmu yang Elly ada ini bermanfaat untuk masa depan
Itu je cerita harini. Assalamualaikum :)

Wednesday, January 20, 2016

Anugerah yang berharga

Dear Ayah,

Hari ini Elly nak ceritakan antara hari bersejarah bagi Elly. Ikutkan sebenarnya Elly ni bukanlah seorang anak yang bijak, rajin, aktif sukan, berseni dan banyak lagi. Elly ini dikategorikan sebagai yang sedang-sedang saja dan yang pastinya kaki sepah rumah dengan hasil lukisan, doodle atau lebih tepat lagi contengan tak seberapa. Erti kata lain, pelajaran tak seberapa, sukan pun tak seberapa.

Jadi, untuk seorang Elly yang tak seberapa ini mendapat sesuatu anugerah ini semestinya suatu yang ajaib dan istimewa. Bukan begitu? Haaa.. hari ini cerita pasal anugerahlah. Anugerah yang antara Elly banggakan. Anugerah yang paling berharga yang teramat yang hanya sekali seumur hidup itu Elly dapat merasainya

Cerita ini berlaku waktu Elly darjah 5. Buat kali pertamanya Elly berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Lantaklah kelas 5 Dedikasi itu kelas keempat sekalipun. Pencapaian hasil titik peluh dan berkat doa ibu bapa itu bukan suatu yang patut dipandang enteng bagi seorang Elly.

Pagi itu, Elly bangun tersangatlah awal. Elly ingat lagi 5.30 pagi elly dah bangun dah bersiap-siap untuk ke majlis penyampaian hadiah. Sedang budak darjah 5 yang lain enak diulit mimpi makan choki-choki, Elly pula sedang mandi dalam kesejukan yang menusuk hingga ke tulang sum sum. Demi anugerah tempat pertama.

Pukul 6, Elly kejut emak pula untuk bersiap kemas. Lalu, Elly yang dah pun lengkap berpakaian sekolah dengan gaya comelnya dan anggun itu menghabiskan masanya berkejaran, berpelukan dan bermain sini sana dengan kucingnya yang tidak kurang comelnya, Nate. Tepat jam 7.15 pagi (mak mandi lama tau haha) , kereta AAD 666 itu pun dengan megahnya menyusur keluar daripada kawasan kediaman The Nordins itu.

Elly dengan muka excited dengan senyuman tak lekang daripada wajahnya pun memalingkan muka konon comel itu ke arah emak. Maka, berlakulah perbualan seperti ini,

Elly: Mak, hari ini mak jadikan teman Elly kan? Mak datangkan nanti?
Mak: Mak ada mesyuarat nanti tapi habis je mesyuarat tu mak terus datang sekolah eh?
Elly: Kiranya mak datang lambat sikitlah?
Mak: Ye, mak janji mak datang
Elly: Mak janji eh eh?

Mak membalas pertanyaan Elly dengan senyumannya yang manis ditambah pula tahi lalat bulat di mulutnya itu menjadi penambah seri

Mendengar kata-kata janji itu, yakinlah Elly bahawa mak pasti akan menemaninya. Sampai sahaja di depan sekolah, Elly pun mencium tangan dan pipi Mak lalu masuk ke sekolah sambil tangan melambai-lambai ke arah mak

Sampai sahaja sekolah, Elly pun bermesralah dengan kawan-kawannya yang juga menerima anugerah hari itu. Yang membuat Elly sedikit cemburu, ibu bapa kawan-kawannya semua ada disamping mereka. Siap sikatkan rambut, tangkap gambar berkeping-keping kalau ada filem mahu berpuluh filem habis dan bersarapan bersama-sama.

Namun begitu, Elly tepis perasaan negatif itu kerana Elly pasti mak akan datang juga nanti. "Mak kan dah janji", bisik hati Elly. Ada juga yang bertanya, "Mana mak kau?", "Mak kau tak datang ke?" dan banyak lagilah soalan yang datang daripada mulut kawan dan ibu bapa kawannya. Elly mula rasa tak seronok bila pertanyaan begitu banyak kali diajukan kepadanya.

Elly cuba lagi tepis perasaan negatif. Hari istimewa menerima anugerah buat julung kalinya mana boleh sedih-sedih. Kena gembira. Dipaksanya senyuman sehingga terukir di wajahnya.

Tibalah masanya untuk pelajar cemerlang sekalian berkumpul. Jam dah pukul 8.30. "Takpe, mak masih ada mesyuarat mungkin", pujuk hati kecil Elly. Elly ikutkan sahaja arahan para guru ketika itu. Kemana harus pergi, kemana harus berkumpul.

Elly diminta beratur untuk mengambil jubah (darjah 5 dah ada jubah graduasi kau). Selesai mengambil jubah, Elly pun pakailah jubah itu. Sambil memakai jubah yang agak labuh untuk darjah 5 yang berbadan kecik itu, matanya mengerling ke arah rakannya. Kelihatan ibu mereka yang memakaikan jubah dan mengemaskannya rapi sambil ayah mereka khusyuk menangkap gambar. Siap ada yang buang habuk, dedak dan bulu kucing lagi. Elly memandang dengan pandangan penuh cemburu.

"Jangan risau Elly. Mak akan datang juga", pujukan kali ketiga. Mak ayah pelajar yang lain makin galak mengambil gambar. Yelah, anak sudah cantik kemas berjubah. Mestilah kena capture the memories gitu. Wajah ceria berpelangi Elly kian hilang dan pudar warnanya. Elly masih lagi menahan perasaannya.

Sudah pun jam 10.30. Setiap 15 minit Elly mencari kelibat emak tetapi hanya gagal yang ditemuinya. Tiba-tiba, seorang makcik entah apakah nama beliau pun Elly lupa bertanya soalan yang agak sakit juga. "Mak Aliah tak datang ke? Siapa nak ambil gambar nanti buat kenangan?". Elly terkejut dengan soalan tu lalu menyedapkan hatinya yang kian terluka dengan jawapan, "Mak sampai lewat sikit. Mak ada mesyuarat"

Makcik tu pun dengan baik hatinya membetulkan jubah Elly dan mengemaskan tudung Elly. Siap menangkap gambar Elly bersama anaknya lagi. Oh, lupa pula nak beritahu! Selain menjadi penonton, Elly juga memainkan peranan jurukamera buat keluarga pelajar pada hari itu. Agak... sedih juga. Hanya mampu melihat wajah senyuman bangga ibu bapa rakan sahaja. Elly pun nak juga bergambar dengan mak. Biar gambar jadi saksi hari bersejarah Elly itu (masyaAllah poyonya)

Jam 11.00 pagi, tibalah giliran Elly untuk naik ke atas pentas. Wajahnya tersenyum memandang ke arah jurugambar yang diupah oleh pihak sekolah tetapi matanya ligat memandang ke arah dewan. Mencari kelibat dan bayang-bayang tubuh molek kesayangannya. Namun, hasil yang sama juga. Sah, mak tak datang pun ke majlis itu. Sah, mak memang tak ada

Elly turun dengan senyuman tawar. Berkumpul dengan rakan yang lain. Berjumpa dengan para guru untuk berterima kasih dengan senyuman tawar itu. Sedang Elly beramah mesra dengan rakan dan ibu bapa mereka, perlahan-lahan satu demi satu keluarga mula bersurai dan pulang ke rumah.

Tinggallah Elly seorang dengan sijil tergenggam kemas. Air mata mula berlinangan perlahan-lahan. Makin lama makin meriah, rancak dan lebat mutiara kecil itu jatuh. Janji yang dipegangnya pagi ini dimungkiri oleh ibunya sendiri. Hari yang sepatutnya istimewa hanyalah hari-hari biasa persekolahannya.

Cikgu kesayangan Elly, cikgu kaunseling lelaki (tak ingat nama dia) datang memujuk Elly. Bertanya mak datang bila? Mak tak datang lagi ke? Janganlah menangis. Mak sibuk itu dan macam-macam lagi ayat pujukan yang diberi tetapi tiada satu pun yang mampu memujuk hati batu Elly itu. Gigih cikgu itu menemani dan memujuk Elly walaupun tidak dilayan. Hanya cikgu itu, pak guard dan Elly sahaja yang tinggal waktu itu. Cikgu itu pun tersedar akan kehadiran Elly ketika beliau dalam perjalanan untuk pulang. Atas dasar hati murni, beliau berhenti lalu turun menemani pelajar berbadan kecil itu. (Terima kasih cikgu)

Teresak-esak Elly menangis hari itu. Sudahlah bukan mudah bagi Elly untuk memperoleh anugerah seperti ini. Dikecewakan pula. Teruk tangisan Elly. Matanya merah, sijil yang digenggam kemas tadi sudah renyuk dan basa, baju dan tudungnya lencun dibasahi air mata

Jam 11.30 habis majlis, jam 1.00 tengahari barulah kereta menyusur di depan pagar sekolah. Cikgu kaunseling bertanya, "itu kereta mak awak ke?". Elly hanya memaling wajahnya ke arah cikgu yang berwajah kacak itu (kacaklah juga) lalu mengangguk perlahan.

"Selamat pulang, Aliah. Tahniah cikgu ucapkan atas pencapaian kamu. Jangan bersedih, ya?", ucap cikgu itu

Elly mengangguk perlahan lagi sambil melangkah perlahan diringin bersama esakan dan sedu sedu halus menuju ke arah kereta. Masuk sahaja kereta, tangkas mak peluk Elly. Dakap Elly seerat mungkin. Baju yang basah itu makin basah. Bukan kerana air mata Elly tetapi kerana dihujani air mata mak.

Bagaimaa kecewanya Elly hari itu, maknya juga turut merasai kekecewaan yang sama.

"Minta maaf, Elly. Mak dah janji tapi mak tak tepati. Mesyuarat habis lambat sangat. Maafkan mak, Elly", ucap mak dengan aid mata mengalir di pipi.

Tangan lembut mak mengusap air mata di pipi Elly lalu berkata..

"Mak bangga dengan Elly"

Itulah. Itulah sebenarnya anugerah yang Elly nanti-nantikan. Anugerah yang serta merta mengubati kekecewaan Elly sebentar tadi. Itu merupakan kali terkahir Elly menerima anugerah itu daripada mak.
Ternyata hari itu merupakan hari kecewanya dan bahagianya seoeang gadis bernama Elly. Sejarah yang teramat penting dalam 19tahun lebih ini. Bagi orang lain ayat  itu mungkin tak bermakna apa-apa tetapi bagi Elly itu ibarat anugerah bersaluti emas yang tidak terkata nilainya

Rindu. Elly rindu untuk terima anugerah itu lagi sekali. Maaf, Elly bukan pelajar yang cemerlang. Tidak mampu menghadiahkan straight A dalam mana-mana peperiksaan besar tapi....In Shaa Allah, Elly akan cuba yang terbaik untuk menerima lagi sekali anugerah itu.

Anugerah yang berbunyi "Mak bangga dengan Elly"

Itu sahaja cerita Elly. Assalamualaikum :)

Tuesday, January 19, 2016

Mini Gathering (more to micro gathering lels)

Dear Ayah,
Harini walaupun cam bibik sikit kena buat kerja rumah hahaha Elly berjaya jugak keluar jumpa kawan sekolah Elly. Kawan SMK Pandan Indah. The original idea sebenarnya nak daki Bukit Broga (bukan brogay mahupun brogayat) tapi atas alasan yang tertentu, rancangan itu gagal sama sekali dan diganti dengan last minute plan kahkah
Meeting them for a short brief moment but valuable is indeed one of the best chapter during my sem break. Paling kelakar cadang nak lepak Question Marks tapi tengok harga, memasing tercekik air lioq kahkah siap memalu lagi nak lari. Makanya, Mira yang terpaksa korban rm10 beli kek konon tanak malu sangat nak lari hahaha pastuh pepusing area Pandan Indah, jumpalah kafe hipster baru bukak juga, Heartbeans Coffee which is more reasonable compares to the first one. Good food with good service. The waiter is extremely friendly.
Eh, haah. Reunion dengan kawan matriks pun Elly tak cerita lagi ek? Hahaha esok esok ok? Hihi
So, yeah. I met Mira and Halizzah just now. Kitorang bertiga dulu antara nama yang selalu jugaklah disebut oleh cikgu. Tapi bukan reason yang baguih sebab tetiga ni budak nakal hahaha
Mira lain sikit kot. Nakal dia still ada bijaknya. Elly dengan Jah ni memang nakal habislah
Muka muka ni muka kena label dengan cikgu dan para ustazah. Terutamanya Elly ni haaaa. Depa dok ingat Elly ni gatai miang keladi selalu lepak dengan dak laki. Depa dok tahu Elly ni dulu memang gangster ngalahkan laki (tapi sememeh and cengeng haha). Lepak dengan diorang pun sebab diorang suka sembang politik, hal isu semasa dan game. Dak pompuan mana layan ngat. Nak lepak dengan diorang time nak gossip je hahaha
Haish. Lamaaa dah tak jumpa. Memasing dah ada hala tuju sendiri. Sorang ke Selatan, Sorang ke Utara, Elly pulak ke Patta Timo. Paling kelakar, Elly tertukar kampung dengan Jah. Dia study kat UTHM yah. Dekat sangat dah dengan kampung kita kan yah. Rindu pulak Kg. Raja
Haa antara persamaan kami sebenarnya ialah kami tiga jenis hat gengster. Lepak dengan laki, otak mereng pastuh perangai ya Allah. Laki pun surrender (kot?) hahaha tapi Alhamdulillah, mereng kami dah tobat dah. Takde dah mereng sangat. Adalah improvement dari segi kesopanan. eh yeke? Cam sama je haha
Yang pasti depa dua ni khianat Elly Dedua tak emboh dah amek Bio. Jah dengan Mechanical Eng. And Mira lak Chemical Eng. Sian Elly terumbang ambing sensorang takdak geng tsk tsk
Depa dok kepung oleh laki dan mesin, Elly lak dikepung awek melayu terakhir dan haiwan hahaha takpe. Rezeki Wlly dapat dengan aweks. Para kaum Adam, mohon jangan cemburu. Elly dapat apa korang tak dapat hahaha aip aip. Tanak. Elly tanak sampaikan salam untuk jejaka ni. Daser miang keladi, pantang nampak calon bakal bini heh
Oklah. Tak kiralah apa yang mereka amek dan dimana pun mereka berada. Elly doakan mereka sentiasa berjaya dunia dan akhirat. Moga dipermudahkan segala urusan. Jaga diri, jaga kesihatan. mereng mereng jugak, ibadah jangan lupa haha :p
Ada jodoh jumpa lagi.
Assalamualaikum��

Monday, January 18, 2016

Ego & Dendam

Dear Ayah,

Harini Elly nak buat pengakuan sikit. Elly yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu Elly biadap sekarang dah berubah. Dulu dulu Elly suka melawan sekarang Elly dah insaf (mesti baca dalam nada lagu Tegar tau! Mesti! Kahkahkah)

Elly mengaku silap Elly dulu, yah. Elly ego tinggi dan boleh dikatakan takabbur. Elly rasa Elly betul dan apa Elly buat tak salah pun

Yelah, orang biadap dengan kita en kita biadaplah balikkan. Orang buat kita, kita buat balik. Ala ala Qisas gituuuu

Allahu, sesatnya lahai pemikiran Elly dulu.
Elly memang disrespect my sisters dulu. Kalau nak cakap kurang ajar camne tu, tak payahlah. Cerita lama.

Yang pasti, Elly tak suka balik rumah. Tak suka kena pack barang (kita ni dahlah memang tak suka pack pack ni) pastuh kena tunggu bas nak balik rumah yang tak seronok ni. Tak suka penghuni rumah. Dok rumah pun lebih suka dok sorang sorang

Negatifkan pemikiran Elly? Elly pedendam, yah. Terlalu fix with the pasts. Sampai seribu kebaikan orang tu buat dikaburi  dengan satu kejahatan lampau dia

Sampailah satu hari tu, Elly tergerak hati nak turun dengar ceramah dengan kawan Elly. Ceramah kat surau Unisza. Sentap Elly yah. Sentap yang teramat dengar ceramah tu. Cam kena tumbuk bertalu talu oleh One Punch Man rasanya padahal penyampaian ustaz itu lembut je. Tapi. Hm tulah. Elly termakan cili tu and hm memang pedas berbuih berapi mulut ni...

Antara ceramah ustaz tu..

"..Mereka yang pedendam dan egonya tinggi ini tidak akan merasa nikmatnya syurga tidak kira betapa banyak amalan yang dilakukan"

"..Mereka yang sentiasa merasakan diri mereka betul ini pula... Allahu.... mintak dijauhkan sifat hina sebegini..."

"Adik beradik ni selalunya gaduh tak lama. Gaduh rini, esok dah ok dah. Tapi mana yang gaduh lama tu, minta maaf dan berbaiklah. Lepas mak ayah tiada, merekalah tempat kita bergantung. Kawan kawan kita ni sementara je. Yang kekal itu hubungan darah daging sendiri..."

Macam kena jekan dengan situasi Elly tu, yah? Cam fuhh setepek kasut kena kat muka rasanya. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati Elly malam tu penuh musababnya

Malam tu Elly termenung tak boleh tidur. Terngiang-ngiang ceramah ustaz tu. Menangis dengan apa Elly dah buat yah. Bukan setahun tapi bertahun-tahun Elly simpan dendam tu. Padanlah hidup tak tenang, kosong dan tak keruan je

Lepas apa yang patut dilakukan untuk berubah, Elly berazam untuk pulihkan hubungan dan jadi seorang adik yang baik

Alhamdulillah, hubungan dah semakin pulih. Ter-kurang ajar itu adalah sikit. Biasalah adik beradik hehe maaf yeee.

Tapi apa yang Elly cuba nak sampaikan kat sini kekadang perlakuan buruk orang itu sebenarnya cerminan perlakuan kita juga. Semak balik dan muhasabah diri mana yang silap dan kurangnya kita ini

Dont let your guards down. Just because someone is being rude to you that doesnt give you a ticket to disrespect them. Always respect others like you want to be respected

Bagi mereka yang masih berdendam dan ego terlalu tinggi, bawalah bertaubat. Belajarlah untuk merendahkan ego dan untuk memaafkan SERTA melupakan. Ego tinggi tinggi ni dapat apa je? Bukannya boleh guna ego tu panjat dia untuk ke syurga mahupun jadi kaya. Perbuatan yang sia-sia je

Lets buried the hatchet and let by gone be by gone bak kata orang putih. Hidup tidak akan tenang jika hati penuh kekotoran. Sucikan balik hati kita dengan zikrullah dan amalan sunnah (wajib jangan lupa pulak takmoh takmoh. Tak comel)

Tiada guna ilmu di dada jika masih ditakuk lama,
Tiada guna amalan dilakukan jika dendam yang bermain di fikiran,
Tiada guna akal bicara jika ego masih berkuasa.

Elly cerita ni supaya tiada lagi orang yang buat silap cam Elly. Moga dapat tauladan daripada penceritaan ini.

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang
Biar orang benci kita, jangan sesekali kita benci orang

Itu pesan mak pada Elly.

Selamat berhijrah. Assalamualaikum :)