Monday, January 25, 2016

Tarbiah Sentap, baguih ke dak?

Dear Ayah,

Harini Elly bukak Twitter, tengok temlen semua dok bercerita pasal Tarbiah Sentap

Kebanyakkan tweet semua cerita pasal ketidakpuasan hati orang orang kita. Tweet kata diorang tak sukalah diorang ni suka sangat judge orang, suka menerakakan orang, penyampaian yang terlalu kasar sampai macam biadap dan more negative words pasal team Tarbiah Sentap

Team Tarbiah Sentap ni sebenarnya suatu team yang berdakwah dengan menggunakan cara menyentapkan orang dengan menceritakan kesalahan kesalahan orang. Bagi Elly okey je dengan diorang punya dakwah. Sentap tu memang sentap ahh. Paduuuuuu habis. Nak kata berkesan ke tak tu, Allah jelah tahu ye. Takmau cerita banyak

Tapi... ada benar juga apa yang orang kata tu. Memang penyampaian diorang agak kasar dan ada juga point diorang Elly tak berapa setuju tapi seni dakwah inikan pelbagai dan banyak jenis. Ini cara seni dakwah mereka. Kalau lah kita tak suka sekalipun, janganlah sampai nak kutuk-kutuk nak condemn diorang kata itu ini. Siap pamerkan keburukan diorang.

Diorang tukan manusia jugak. Cumanya beza dia diorang tu lebih berilmu dan pendakwah tapi dah nama pun manusiakan ada khilafnya. Dah rasa diorang silap, kita tegurlah mereka secara direct. Rasa diorang kasar, kita nasihat dan voice out our opinion POLITELY bukan dengan condemn or kutuk or block sana sini. Kita kutuk dia kata dia kasar sangatlah, biadaplah, sombong berlagak. Abestuh kita ni yang dok kutuk dia ni cam takde bezakan dengan dia?

Haaa.. kita takmau kan sama cam depa? So, bila kita tak suka penyampaian diorang kita tak perlulah bagitahu satu dunia kan? Kita tak perlulah dengar/baca diorang punya penyampaian. Hidup nikan diberi banyak pilihan. Pilihlah orang lain yang lebih lembut dakwahnya. Islam itu mudahkan? Kenapa nak serabut kepala otak kita nak kutuk dia, nak sakit hati dengan Tarbiah Sentap kannn.. percayalah, Elly pun pernah gak runsing hahahaha biasalah en. Lain orang lain citarasa. Ada benda suka, ada benda tak suka ennnn.

Kita ni dahlah memang pendosa yang masih jahil. Kutuk orang yang berilmu ni lagilah bertambah bakul dosa yang banyak kita ni. Abaikan jelah Tarbiah Sentap kalau dah tak suka. Tapi, kena ingat. Mana ilmu dia yang baik jangan pulak kita abaikan

Anggaplah Tarbiah Sentap ni macam cikgu AddMath ke Fizik ke memana subjek kita tak suka yang ajar kerja nak marah carik kesilapan orang je. Kita tak suka tapi kita kena jugak amek ilmu cikgu tu walaupun ya Allah dia ajar bosan nak mati, garang nak mampus, suka perli perli. Sebab apa? Sebab kita nak berjaya. Nak guna ilmu untuk masa depan. Pastuh bila kita tak suka cikgu tu kita buatpe? Haaa mesti carik orang lain ajarkan en? Kawan ke cikgu kelas lain ke en? Haaa samalah konsep dia yang kita guna ni dengan dakwah ni

Tak suka, tak perlu cerita
Bila suka, baru kongsikannya

Dont spread the hatred, instead spread loveeee. Dah dengar lagu Assalamualaikum - Faizal Tahir kan? Alaa yang menang AJL30 tempat ketiga tukan? Jangan dengar je. Terapkan. Tak perlulah kita nak berbalah sesama Islam. Menegur boleh jangan sampai mengaibkan.

Allahualam. Moga kita semua dipermudahkan urusan berhijrah. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment