Dear Ayah,
Harini walaupun cam bibik sikit kena buat kerja rumah hahaha Elly berjaya jugak keluar jumpa kawan sekolah Elly. Kawan SMK Pandan Indah. The original idea sebenarnya nak daki Bukit Broga (bukan brogay mahupun brogayat) tapi atas alasan yang tertentu, rancangan itu gagal sama sekali dan diganti dengan last minute plan kahkah
Meeting them for a short brief moment but valuable is indeed one of the best chapter during my sem break. Paling kelakar cadang nak lepak Question Marks tapi tengok harga, memasing tercekik air lioq kahkah siap memalu lagi nak lari. Makanya, Mira yang terpaksa korban rm10 beli kek konon tanak malu sangat nak lari hahaha pastuh pepusing area Pandan Indah, jumpalah kafe hipster baru bukak juga, Heartbeans Coffee which is more reasonable compares to the first one. Good food with good service. The waiter is extremely friendly.
Eh, haah. Reunion dengan kawan matriks pun Elly tak cerita lagi ek? Hahaha esok esok ok? Hihi
So, yeah. I met Mira and Halizzah just now. Kitorang bertiga dulu antara nama yang selalu jugaklah disebut oleh cikgu. Tapi bukan reason yang baguih sebab tetiga ni budak nakal hahaha
Mira lain sikit kot. Nakal dia still ada bijaknya. Elly dengan Jah ni memang nakal habislah
Muka muka ni muka kena label dengan cikgu dan para ustazah. Terutamanya Elly ni haaaa. Depa dok ingat Elly ni gatai miang keladi selalu lepak dengan dak laki. Depa dok tahu Elly ni dulu memang gangster ngalahkan laki (tapi sememeh and cengeng haha). Lepak dengan diorang pun sebab diorang suka sembang politik, hal isu semasa dan game. Dak pompuan mana layan ngat. Nak lepak dengan diorang time nak gossip je hahaha
Haish. Lamaaa dah tak jumpa. Memasing dah ada hala tuju sendiri. Sorang ke Selatan, Sorang ke Utara, Elly pulak ke Patta Timo. Paling kelakar, Elly tertukar kampung dengan Jah. Dia study kat UTHM yah. Dekat sangat dah dengan kampung kita kan yah. Rindu pulak Kg. Raja
Haa antara persamaan kami sebenarnya ialah kami tiga jenis hat gengster. Lepak dengan laki, otak mereng pastuh perangai ya Allah. Laki pun surrender (kot?) hahaha tapi Alhamdulillah, mereng kami dah tobat dah. Takde dah mereng sangat. Adalah improvement dari segi kesopanan. eh yeke? Cam sama je haha
Yang pasti depa dua ni khianat Elly Dedua tak emboh dah amek Bio. Jah dengan Mechanical Eng. And Mira lak Chemical Eng. Sian Elly terumbang ambing sensorang takdak geng tsk tsk
Depa dok kepung oleh laki dan mesin, Elly lak dikepung awek melayu terakhir dan haiwan hahaha takpe. Rezeki Wlly dapat dengan aweks. Para kaum Adam, mohon jangan cemburu. Elly dapat apa korang tak dapat hahaha aip aip. Tanak. Elly tanak sampaikan salam untuk jejaka ni. Daser miang keladi, pantang nampak calon bakal bini heh
Oklah. Tak kiralah apa yang mereka amek dan dimana pun mereka berada. Elly doakan mereka sentiasa berjaya dunia dan akhirat. Moga dipermudahkan segala urusan. Jaga diri, jaga kesihatan. mereng mereng jugak, ibadah jangan lupa haha :p
Ada jodoh jumpa lagi.
Assalamualaikum��
Assalamualaikum��
No comments:
Post a Comment