Dear Ayah,
Buat julung kalinya puteri bongsu ayah ni berjaya pegang joran dan memancing yah. Dah lama pendam hasrat nak mancing ni yah. Jealous gak tengok orang dok berlagak dapat tangkap ikan keli, ikan haruan, ikan puyu bagai ni tapi tulah. Hobi ni selalunya hobi laki. Nak ajak kawan pompuan mancing, tak ramai nak join sama. Mimpi jelah dapat
Tapi mimpi itu akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun badan Elly ni tak segagah mana, mampu juga akhirnya pegang joran tu kahkahkah. Tepuk tangan sikit plssssss. Thank you thank you. Apa? Hasil? Hm memang idokle teman nak dapeknyaaaa. Baru pestaim pegang joran, dok kekok kekok lagi. Takde lah dapat pape ikan pun. Tapi.. kalau pancing hati awak, ye awak yang tengah baca tu mungkin dapat hahaha bukan nak tackle ye. Nak pancing hati kasi untuk sama sama kita berhijrah kembali ke kiblat yang betul (ayat kaberlain)
Ok ok. Hari ni jugak sebenarnya hari keluarnya result huhuhuhu Elly tanak check sebenarnya. Tanak fikir pun. Kalau boleh next week pa semua baru check. Malas nak tahu. Tengah sedap dok rumah ni nak lah tenang tenangkan fikiran tapi tulah member nak jugak tahu result. Kata time ginilah nak ngadu masalah pe semua. Pukoi kang hahaha
Tapi Alhamdulillah kawan kawan semua 3.0+. Elly tahu ada yang kecewa sebab tak dapat dean list. Percayalah wahai kawan. Dean list sahaja tak mampu membuktikan apa apa. Yang penting tu keikhlasan diri kita dalam menimba ilmu. Ilmu yang digunakan untuk umat Islam. Belajar berjihad untuk Allah
Andai apa yang kita nak tak dapat. Ketahuilah. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang kita tidak tahu. Boleh jadi apa yang kita nak tu bukanlah yang baik untuk kita dan apa yang kita benci itulah yang terbaik untuk kita
Sentiasalah bersangka baik dengan ketentuan Ilahi walau sekecil zarah sekalipun. Jangan hanya tak dean list kita label diri kita bodoh. Kita compare diri kita dengan orang lain apa semua. Rezeki orang lain lain. Boleh jadi dia dean list tapi dia diuji berat dari segi lain. Kita tak tahukan?
Jangan sedih sedih, ok? Sentiasalah bersyukur apa yang kita dapat. Ada orang luar sana tu beratus tengah cemburukan kita dapat belajar, dapat ilmu. Gunakan peluang ini sebaliknya. Masuk semester 2 ni, kita baikilah mana silap kita. Kita berusaha lebih sikit tapi ingat, hubungan dengan Allah jangan lupa. Biar seimbang ilmu dunia dan akhirat kita.
Hablunminannas pun jangan lupa. Jaga dua tu. In Shaa Allah, kejayaan di tangan kita. Ecehhhh panjang pulak Elly bagi nasihat. Acah poyo je hahaha Elly cakap ni bukan apa sebab Elly tahu perasaan sedihnya tak dapat result kita nak sedangkan usaha dah sebaik mungkin. Stay up sampai subuh, pulun kemain, dakwat perabeh semua lah tapi... itulah. Kun faya kun. Dah rezeki, kita redha sahaja. Usaha lebih lagi
Alhamdulillah. Result Elly memuaskan. Tak capai target tapi Elly bersyukur sangat. Elly dapat pointer 3.58. Course Universiti banyak drag Elly punya pointer hahaha. Next sem Elly baiki lagi ye, yah? Nak ANC macam kakdibah jugak hihihi moga ilmu yang Elly ada ini bermanfaat untuk masa depan
Itu je cerita harini. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment