Monday, June 5, 2017

Hidayah itu Milik Allah

Kita semua tahu dan pernah dengar kisah-kisah terdahulu,

Bagaimana bait-bait ayat Al Quran – Surah Taha ayat 1 hingga 5 mampu melembutkan hati Saidina Umar Al Khattab yang dahulunya paling kuat menentang Islam,

Dan bagaimana keangkuhan dan keegoaan yang tinggi oleh Syaitan yang dahulunya ketua para malaikat dicampak keluar daripada Syurga dan dimurkai Allah SWT

Ternyata, hidayah itu hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi dan juga menariknya semula

Sudah sekian lama, hati ini terpukul untuk berkongsikan suatu kisah daripada sejarah zaman pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin, pemerintahan pertama oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq selepas kewafatan baginda, Rasulullah SAW. Perkongsian tentang Sajjah binti Al-Harith.

Siapakah Sajjah binti al-Harith ini? Dia merupakan individu pertama dalam kalangan wanita yang mengaku dirinya seorang Nabi dan meskipun dia seorang wanita, Sajjah ini mempunyai pengikutnya yang setia – dianggarkan 4000 orang termasuk tokoh-tokoh kaum

Selain itu, dia juga antara mereka yang merancang untuk menyerang dan mengambil alih pentadbiran Islam di Madinah dengan mengambil kesempatan keadaan yang ketika itu sedikit huru-hara ekoran tindakan golongan murtad yang menentang pemerintahan Islam di Madinah. DIa beranggapan bahawa kerajaan Islam Madinah agak goyah selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Namun, setelah berlaku pelbagai rintangan menghadapi tentera Islam dan Sajjah telah memerangkap diri sendiri dengan tindakannya sendiri untuk bergabung kuasa dengan Musailamah, Sajjah membuat keputusan pulang ke kampung halamannya di Iraq

Setiba di Iraq, Sajjah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sehinggalah bumi Iraq berjaya ditawan oleh tentera Islam lalu ketika kejadian itu, Sajjah menjadi tawanan tentera Islam

Tidak lama selepas itu, Sajjah mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan menjadi seorang Muslimah yang beriman hingga ke akhir hayatnya

Jadi, persoalannya di sini, kenapa aku berkongsikan cerita ini pada kalian?
Aku pasti kebanyakan kalian sudah pun menemui jawapan kepada persoalan ini

Ya, betul. Aku berkongsikan cerita ini kerana aku mahu kita semua mengambil iktibar daripada cerita ini. Untuk buka mata dan buka hati, bahawa setiap manusia dan individu samada bukan Islam, Munafik, Fasik dan berdosa ini MAMPU untuk bertaubat serta kembali ke fitrah Islam yang sebenar, yakni menjadi Muslim/Mukmin yang diberikan ganjaran husnul khatimah, pengakhiran hayat yang baik.

Lihatlah, betapa dahsyatnya Sajjah di awal hidupnya, mengakui dirinya Nabi lagi mencuba untuk memerangi pemerintahan Islam dan di akhir hayatnya diberikan ganjaran Husnul Khatimah kerana hidayah oleh Allah SWT

Akhir kalam, aku harap kita semua, termasuk aku dan pembaca yang dirahmati Allah SWT diberikan ganjaran husnul khatimah di pengakhiran hayat kita nanti. Moga Allah SWT hiasi diri kita dengan hidayah-Nya dan hati yang senantiasa tetap di jalan kebenaran

Allah SWT berfirman,

“Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya sendiri, kemudian dia memohon keampunan kepada Allah SWT, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” – An-Nisaa : 110


Jadikan bulan Ramadan ini bulan barakah yang mencorakkan diri kita ke arah kebaikan. Allahualam.

Sumber rujukan: Perang 4 Khalidfah / Zul Amran Omar

Thursday, March 16, 2017

Ada Apa Dengan Doraemon

“Ali bila nak matang?”
“Tak habis-habis dengan Doraemon dia”
“Suka sangat Doraemon”

Buat mereka yang mengenali aku di luar sana, pasti tidak akan terlepas daripada mendengar keghairahan aku berbicara tentang Doraemon. Ada juga yang bertanya ada apa dengan Doraemon? Apa yang begitu istimewanya karakter kartun Jepun berwarna biru berupa kucing separuh cacat ini? Comel? Kucing? Sebab apa?


Baru ini, aku menghadiri ceramah Bedah Kitab Ustaz Anas daripada Pusat Islam UniSZA. Di awal penceritaanya, beliau bercerita..

“..katakanlah awak minat dekat seorang perempuan. Awak asyik perhatikan dia dan tahu pasal dia. Katakanlah perempuan tu bawak kereta kancil warna putih. Hok mana setiap kali kancil warna putih lalu je, awak dok teringat kat dia sebab dia pun bawak kancil warna putih. Padahal nombor plat lain tu…

Macam itu jugalah bila awak minat ke Rasul. Awak tahu semua benda pasal Rasul jadi bila awak nampak je perbuatan Sunnah Rasul, awak pun terus teringat ke Rasul. Sebab itulah kita kena sentiasa buat perkara Nabi buat, supaya kita pun sentiasa ingat dekat Rasul macam mana Rasul sentiasa ingatkan kita..”

Jadi, apakah kesinambungan antara ceramah itu dengan Doraemon? Rasanya pembaca boleh mula kaitkan antara dua cerita ini

Doreamon berwarna biru. Biru itu kegemaran arwah aku
Doraemon merupakan makhluk berupa kucing. Kucing itu kegemaran arwah ayah aku.
Pernah juga diceritakan oleh ibuku bahawa arwah ayah dahulu suka menonton Doraemon bersama-sama anaknya. Kadang-kadang, terlewat maghrib kerana temankan anaknya.
Aku kehilangan arwah ayah aku ketika aku masih berumur 4 tahun
Aku beruntung kerana sempat merasa kasih sayang beliau yang cukup bernilai buatku. Namun begitu, kadang-kala timbul rasa ragu dalam diri aku.

Bagaimana jika suatu hari aku mula lalai dan lupa akan ayah aku?
Bagaimana jika aku terlalu sibuk dengan hal dunia dan akhirat, aku terlupa akan ayah aku?
Bagaimana jika hadirnya seorang lelaki dalam hidup aku, aku mula lupa akan ayah aku?

Lalu, penyelesaiannya aku memilih untuk menjadikan kegemaran ayah aku sebagai kegemaranku. Pada mulanya, aku membeli barangan Doraemon itu hanya kerana setiap kali aku melihat barangan itu aku pasti akan teringat akan arwah ayah aku. Namun, yang dulu hanyalah kerana teringat kini mula membiak menjadi suatu obsesi yang sukar dibendung

Doa, Yassin dan Fatihah sentiasa bersama aku buat arwah ayah aku juga. Itu semestinya. Cumanya, andai seorang kekasih boleh memilih berkongsi meminati citarasa lagu-movie-drama akan pasangannya kerana ingin pahatkan memori mereka bersama, ingin sentiasa mengingatinya, aku kira tak salah andai seorang anak meminati citarasa ayah kandungnya sebagai pelengkap memori mereka bersama yang kian memudar dan merisaukan hati kecilnya ini
.
Aku mungkin tak matang, aku mungkin kebudak-budakkan
Tapi aku juga punya rasa rindu pada cinta pertamaku itu
Aku mungkin bukan lagi kegemaran ayahku,
Tapi kegemaran ayahku akan sentiasa menjadi kegemaranku buat selamanya.
 Dan beliau juga akan selamanya menjadi jejaka kegemaranku

Al-Fatihah Allahyarham Mohd Nordin b Salleh <3


Friday, March 3, 2017

The Gen-Q


Related image



The Geng Bas Sekolah Gen-Q aka Generasi al-Quran! Macam mana nak jadi pewaris generasi Al Quran?

Kena masuk sekolah pondok jadi tahfiz dulu ke? Kena jadi wakil kebangsaan untuk MTQ Tarannum ke? Tak perlu. Apa yang anda perlu ada hanyalah al Quran, diri anda, semangat, istiqamah dan seorang Guru mengajar

Kenapa perlu semua ni? Kerana, untuk menjadi Generasi Al Quran bukannya hanya perlu menghafal seperti tahfiz, atau menjaga tajwid dan berlagu seperti ahli MTQ

Kita memerlukan hati dan akal fikiran untuk mendalami isi kandungan al Quran dengan mentaddabur dibawah perhatian guru dan fizikal untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian

Tak tahu bagaimana nak mula? Baca Al Quran pun merangkak?

Jangan risau! Allah SWT itu Maha Penyayang! Allah akan menilai setiap usaha kita ke arah Generasi al Quran walau pitching lari, walau merangkak, walau sekecil zarah sekalipun.

Antara cadangan untuk langkah awal menghayati bait Al Quran lalu terapkan dalam jiwa,

1.  Ketika sedih, instead of dengar lagu-lagu tangkap leleh dan jiwang seperti rock kapak. Kita hayati Surah Yusuf. Tak boleh baca? Download dan dengar bacaan Surah Yusuf. Hayati maknanya dan kisah disebalik Surah Yusuf

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ya'qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya" [Yusuf : 86]

2. Student selalu ada masalah belajar. Susah hafal? Susah ingat? Fikiran tak tenang ketika jawab exam? Nervous presentation FYP?

Bacalah Surah Yassin buat menenangkan hati yang kelam-kabut dan berdoalah moga Allah permudahkan segala urusan

إِنَّمَآ أَمْرُهُۥٓ إِذَآ أَرَادَ شَيْـًٔا أَن يَقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ
" Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi."- [Yassin : 82]

3. Merasakan diri kekurangan sesuatu? Merasa diri ini tidak sehebat orang lain? Tidak sebijak orang lain? Hanyalah si malang dalam semua perkara?

Hayatilah Surah Ar-Rahman dan isi kandungannya betapa Allah SWT itu Maha Pemurah terhadap hamba-Nya

 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" - [Ar-Rahman : 13]


Ini hanyalah beberapa surah yang boleh dijadikan sebagai starter kepada perjalanan yang panjang dalam menjadi pewaris Generasi Al Quran. Masih banyak lagi surah-surah yang terkandung terlalu banyak pengajaran dan manual sebagai panduan hidup kita.

Apakah surahnya? Kita hanya akan ketahui dengan membaca, mentaddabur dan menghayati isi kandungan Al Quran tersebut

Selamat maju jaya anak muda

Tidak akan pernah terlewat untuk seseorang itu belajar Al Quran,


Tidak terlalu lewat untuk mengubati hati yang sakit kerana penyakit keduniaan 



Tidak terlalu lewat untuk seseorang itu bertaubat selagimana pintu taubat masih terbuka


إِنَّ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا
" Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar." - [Al-Isra' : 9]

Akhir kalam, Allahualam. Sama-sama kita bersahabat dengan Al Quran :)



Wednesday, February 22, 2017

A Broken Pearl;

A Broken Pearl


There were sapphires, there were golds,
But only pearl caught the eyes of an old,
An old sympathy her for an oath,
An oath that brutally killed them both.

You are too young and precious, my dear,
Don’t let yourself drown in their pool of desire,
You’re fooling no one except to yourself,
Remember, that thou shalt love thyself

A chunk of advice that's too late to swallow,
Where her world is now in wallow,
As she was crying with her knees on her floor,
For an aftermath, she wasn’t prepared for

Straycatz; 23/2/3017


Friday, February 17, 2017

The Wonderwall



They said,

 “Never go alone. Never put yourself alone too much. Slowly, you will grow fond with the idea of solitude”. 

Yes, solitude. The idea of peace and soundless environment. The idea of world without crowded noisy human

I used to be called as a happy pill. As a fun and happy go lucky girl who brings nothing but only happiness and positive vibes to others. I was extrovert - is what they thought

Slowly, gradually. That side of me has faded. I was already fall. Fall into the pit hole of solitude I wasn’t prepared for. It was a mistake that could never be fixed as I fell too deep that even a ladder nor string could pull me out of it. An aftermath that could never turn back anymore. I begin to build a wall. A wonderwall that separated me from the outside would.

I remember having a close friend. Yes, I did. It was nice indeed. I was having a lot of joyful moment. I was in cloud nine

I remember opening my heart, my feelings to others. They listened to me with all their ears. Like they were interested in me. Like they understand every bit of my problems and messed up life.
But,

A parasite. No, several parasites to be frank. Begin to consume all that pieces of memory and side of me. Old scars hurt me. The past haunted me. I have issues.

I begin to questions everything
What if they don’t really listen to me like everyone did?
What if they’re pretending to be my friends out of pity like you did?
What if they leave me someday and turn against me like she did?
What if slowly they loss interest in me and left me like he did?
What if I annoyed them that it’s too much now for them to handle just like others did?

The wonderwall of mine is thickening and growing by day. I started to keep an indistinctive line with my friends. I started to hold all the pain by myself. Never once expressed my feelings. I was never near nor far from them. I was in the middle line of grey of black and white. I could never express everything to them. I was choking. Something is stopping me from projecting that rough husky voice of mine.

I was alone but never lonely. The idea of solitude has controlled me. The anxiety and depression empowered me.

Hot cup of caffeine, slow-instrumental music, a sketchbook, a pencil and a book are my bestfriends during the day. A blue-striped blanket, pillows, a dark pitch-black room and again, the music are my best companion that keep me sleeping during the starry night. Sometimes the tears come join too.

That wall, is now so thick that even a wrecking ball could never breakthrough. So high that no one could ever cross over it.

For those who wonders what happened to me? What am I doing right now?

I am here fine as always. Secretly enjoying myself being alone behind this wonderwall of mine. Holding my faith, I was born with – Islam. Reaching for some bit of light with help of Quran to lighten up this broken dim heart I own and seeking for Him. Only Him. To help me gasping for some air. To keep me being alive. To slow down the parasites from killing me..


I am here. Behind the wonderwall. Hiding behind the mask of beautiful smile. Waiting for someone to reach for my hand and escape from it. Unlocking the closed heart.